Monday 27 September 2010

PAPAN TANDA DI KUNAK SUDAH DIBETULKAN



Wajah papan tanda, sebelum (atas) dan selepas diperbetulkan.

Oleh: IBRAHIM TABIR

SEBUAH papan tanda penunjuk arah lokasi kedudukan Pusat Jalur Lebar Komuniti di pekan Kunak yang sebelum ini mempunyai kesilapan telahpun diperbetulkan beberapa hari selepas disiarkan Sabahkini.net.

Papan tanda yang diletakkan berhampiran sebuah taman berdekatan padang pekan Kunak menjadi perhatian awam apabila seorang pengadu menyarankan supaya pihak berkenaan memperbetul 'arah anak panah' yang tertera pada papan tanda tersebut.

Tinjauan pada Isnin mendapati, kesilapan itu sudah diperbetulkan . Laporan mengenai kesilapan penunjuk arah lokasi premis itu disiarkan menerusi sebuah laman portal, minggu lepas.

No comments:

Post a Comment