Friday 3 September 2010

PATUHI KESELAMATAN JALANRAYA



Pin keluli khemah peniaga dipacak betul-betul dekat jalanraya. Ia boleh membahayakan kepada pemandu kenderaan. Laluan itu merupakan Jalan utama ke Balai Bomba. Mana undang-undang Majlis Daerah?

Oleh : IBRAHIM TABIR

PARA penjaja yang diberi ruang untuk menjalankan perniagaan mereka berhampiran Kunak Plaza dan Jalan utama ke Balai Bomba di sini perlu mengutamakan aspek keselamatan sebagai mekanisme yang wajar diambil kira .

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kunak, Citra Masadi berkata, terdapat sebilangan peniaga yang dibenarkan oleh Majlis Daerah menjalankan perniagaan di sana gagal mematuhi peraturan terutama dalam mengutamakan keperluan para pejalan kaki dan pemandu kenderaan kerana didapati terdapat tali khemah sementara dan pin besi keluli diletakkan terlalu hampir dengan jalanraya termasuk batuan penyokong yang jelas kelihatan di atas lorong pejalan kaki di sana.

Citra memberitahu demikian kepada Sabahkini.net selepas meninjau beberapa lokasi yang dimaksudkan. Lebih membahayakan lagi, pin keluli itu dipacak benar-benar di tepi jalan aspal iaitu di Jalan Balai Bomba, dekat pekan Kunak.

"Bayangkan jika ada kes kecemasan dan kebetulan kenderaan awam lalu di situ bersama kereta atau jentera bomba, sudah tentu kenderaan lain sukar ke tepi kerana terdapat hadangan di bahu jalan seperti pin besi dan tali khemah peniaga terbabit", kata Citra.

Beliau menjelaskan, pihak Majlis Daerah juga dilihat tidak prihatin dengan masalah itu kerana 'membiarkan' para peniaga berkenaan memacakkan pin keluli dan memasang tali khemah sementara mereka terlalu hampir dengan jalanraya.

"Siapa yang mahu menanggung risiko jika berlaku insiden yang tidak diingini?," soalnya.

Sementara itu, kata Citra, terdapat juga batuan penyokong diletakkan di atas laluan pejalan kaki berhampiran bulatan jalan (round about) menuju ke simpang balai bomba tersebut.

No comments:

Post a Comment