Tuesday 7 September 2010

PDRM HARUS BERUBAH, BUKAN MELATAH



Salam Perpaduan,

SAYA teringat kembali cerita sejarah Melaka. Hang Jebat menuntut bela di atas kematian kawan rapatnya, tetapi menyeleweng daripada tujuan asal; malahan bermaharajalela pula. Wahai Tuan Jebat yang membela PDRM, Sabahkini.net bukan mahu mencalar maruah PDRM, tetapi ia cuma menyiarkan apa yang betul-betul terjadi dan boleh menjejaskan penduduk awam.

Jika PDRM tidak ditegur atau kejalangan mereka tidak disiarkan, maka tambah bermaharajalelah JEBAT-JEBAT PDRM tanpa segan silu. Memang ada baiknya jika PDRM selalu ditegur agar mereka dapat perbetulkan kesilapan dan bukannya terus-menerus menegakkan benang yang basah. Fikir-fikirkanlah wahai Jebatku yang sudah lama terjebak dalam kancah rasuah.

Teruskan perjuangan Sabahkini.net demi masa hadapan Sabah yang gemilang.

Salam Merdeka,

TUKANG TENGOK

No comments:

Post a Comment