Monday 20 September 2010

PENIPU BEBAS, MANGSA TANGGUNG HUTANG!



Oleh: SURIATI MAHMUD

WALAUPUN mendapat Ketua Polis Negara yang baru, namun Polis Sabah masih seperti 47 tahun lalu, lembab dan lambat mengambil tindakan sehingga penipu bebas berleluasa manakala mangsa menganggung hutang.

Seorang mangsa penipuan, Ajijul @ Azizul Sanarul kesal kerana laporan polis yang dibuatnya seperti mencurah air ke daun keladi apabila polis enggan bertindak memberkas seorang penipu yang amat dikenalinya.

“Saya tidak tahu di mana silapnya kerana sampai sekarang penipu berkenaan bebas menipu mangsa berikutnya setelah saya sendiri tertipu oleh lelaki yang suka memperdaya mangsa dengan pelbagai cara, termasuk menggunakan nama orang lain untuk menginap di hotel,” kata Azizul yang agak kesal kerana karenah birokrasi menyebabkan penipu lepas bebas tanpa sebarang tindakan.

Tegas Azizul, penipu yang bernama Raimee Bin Ali @ Shahrul No. KPT 771110-12-5981 telah memperdaya beliau kononnya dapat membantu beliau memohon projek pembangunan dan menyediakan pelbagai kertas kerja serta mendapatkan peluang projek mega dengan bayaran tertentu.

“Setelah tiga bulan bersamanya, saya akhirnya sedang bahawa Raimee adalah pakar menipu yang melakukan jenayah secara terancang. Saya tidak punya pilihan melainkan menghalau beliau keluar daripada rumah saya kerana banyak wang saya habis sedangkan janjinya tidak pernah tertunai,” ujar Azizul.

Katanya lagi, Raimee tidak serik dihalau daripada rumahnya membuat olah dengan menginap di Hotel Heritage Tawau dengan menjual namanya, kononnya bil hotel tersebut akan dijelaskan oleh Azizul.

Sepatutnya, kata Azizul, hotel berkenaan menghubunginya untuk pengesahan dan bukannya setelah Raimee melarikan diri secara senyap dari hotel dengan meninggalkan bil sejumlah RM3,113.20.



Sehubungan itu, Azizul mendesak agar Ketua Polis Tawau atau Pesuruhjaya Polis Sabah menubuhkan unit khas untuk menyiasat kes ini kerana beliau percaya ramai warga Sabah tertipu oleh penyamaran, pembelitan dan pemerdayaan yang dilakukan Raimee.

Dalam laporan polisnya,TD/RPT/9816/10 bertarikh 16 Julai 2010 jam 2.40 petang, Azizul menyatakan bahawa:

Pada 14 Julai 2010, lebih kurang jam 2 petang, saya dihubungi dan berjumpa dengan Encik Ryan Chang, Manager Hotel Heritage Tawau berhubung dengan hutang bil bilik yang berjumlah RM3,113.20 yang bertarikh pada 13 Mei 2010 hingga 7 Julai 2010 atas nama saya, Ajijul @ Azizul Bin Sanarul.

Maka dengan ini, saya buat aduan supaya pihak polis mengambil tindakan di bawah undang-undang jenayah penipuan terancang yang dilakukan oleh Encik Raimee Bin Ali @ Shahrul No. KPT 771110-12-5981 di alamat No. 486, Lorong Sepakat 9, Perumahan Panalex Kerteh, 24300 Kemaman, Trengganu dan alamat sekarang penama masih berada menumpang rumah di kawasan taman Perumahan Semarak Lama, Tawau. Penama tersebut berasal dari Miri, Sarawak.

Encik Raimee Bin Ali @ Shahrul telah menggunakan nama saya untuk chek-in di Hotel Heritage Tawau, dia telah melakukan penipuan secara terancang dengan menipu Heritage, Tawau untuk menyewa bilik dengan menggunakan nama saya seperti tercatit di dalam bil hotel tersebut.

Dimaklumkan bahawa Encik raimee Bin Ali @ Shahrul telah datang dari Kuala Lumpur ke Semporna dan telah tinggal bersama saya selama 3 bulan. Selepas tempoh tersebut, Encik Raimee Bin Ali @ Shahrul telah saya halau keluar atas sebab saya menyedari bahawa Encik Raimee Bin Ali @ Shahrul adalah orang yang berbahaya dalam kes penipuan terancang.

Sekianlah laporan saya dan mohon siasatan dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak polis.

No comments:

Post a Comment