Tuesday 14 September 2010

PENIPUAN TUKAR HAK MILIK DI TONGOD




Saudara Pengarang,

SAYA selaku pemegang surat kuasa mutlak (P.A) daripada salah seorang anak arwah bapa saya selaku pemilik sebidang tanah di Sg. Tongod. Namun hak milik tanah kami telah dicabuli oleh penjenayah yang menggunakan dokumen P.A palsu.

Sebagai contoh, pemilik asal tanah tersebut telah meninggal dunia pada 1993, akan tetapi satu perjanjian atau surat P.A telah dipalsukan dengan menandatangani surat tersebut pada 1997. Selepas beberapa tahun kemudian geran-geran tanah tersebut telah pun ditukar hak milik kepada seorang individu berbangsa Cina sedangkan tanah berkenaan berstatus NT (Khas untuk anak negeri Sabah sahaja).

Jadi persoalannya, bagaimana kami hendak memerangi kes tersebut? Biar pun pelbagai cara telah dibuat termasuk membuat laporan polis dan mengadu kepada SUHAKAM, namun tidak ada sebarang tindakan langsung.

Pihak polis pula seakan bersuluh di siang hari kerana sehingga kini masih tercari-cari di mana silapnya kesalahan tersebut, sedangkan dokumen asas bukti kukuh telah diberikan kepada mereka.

Kepada rakyat Sabah dan peguam yang prihatin, bantulah kami!

Salam Hormat,

ISNAIN (nain_74@yahoo.co.uk)

No comments:

Post a Comment