Wednesday 29 September 2010

PERBEZAAN ANTARA NERAKA



Kiriman : BENDRU SULIM

SEORANG warga Malaysia telah meninggal dunia dan oleh kerana ia melakukan banyak dosa maka ia dikirim ke neraka. Apabila tiba di sana, ia mendapati neraka itu berbeza-beza bagi setiap orang mengikut dengan negara asal masing-masing.

Pertama sekali ia menjenguk ke dalam neraka orang Inggeris dan bertanya kepada penghuni di situ, "bagaimanakah kalian dihukum di sini?"

Orang Inggeris menjawab, "Pertama sekali , kita disuruh duduk di atas kerusi elektrik selama satu jam. Lalu disuruh duduk di atas kerusi paku selama satu jam. Seterusnya akan disiram dengan petrol dan dibakar dengan api. Setelah itu, syaitan Inggeris muncul dan menyebat kita sehari suntuk."

Kerana berasa gerun, orang Malaysia menuju ke neraka lain. Ia lalu melihat bagaimanakah keadaan neraka Amerika, neraka Jepun, neraka Rusia dan banyak lagi. Orang Malaysia ini melihat hukuman di neraka bangsa-bangsa asing itu lebih kurang sama dengan neraka orang Inggeris.

Akhirnya ia tiba di neraka orang Malaysia sendiri dan melihat barisan yang panjang, terdiri dari orang berbagai-bagai negara, bukan orang Malaysia saja.

Dengan kebingungan, orang Malaysia ini pun bertanya kepada mereka yang masuk, "Apa yang akan dilakukan di sini?"

Lantas ada yang menjawab, "Pertama sekali, kita didudukkan di kerusi elektrik selama satu jam. Lalu disuruh duduk di atas kerusi paku selama satu jam. Kemudian disiram dengan petrol dan dibakar api. Lalu syaitan Malaysia akan muncul dan menyebat kita sepanjang sehari."

"Tapi, itu kan sama seperti dengan neraka negara-negara yang lain. Kenapa begitu banyak orang yang masuk di sini?" sergah orang Malaysia itu.

"Di sini perkhidmatannya sangat-sangat teruk. Kerusi elektriknya selalu tidak menyala, kerana bekalan elektrik sering terputus. Kerusi paku,hanya tinggal pakunya saja, kerana kerusinya sering menjadi rebutan para elit politik. petrolnya juga tidak ada kerana harganya naik melambung tinggi, malah di akhir tahun 2010 dikatakan akan naik lagi. Syaitan di sini adalah bekas ADUN dan MP, jadi dia cuma datang untuk tandatangan kehadiran dan terus pulang. Seronokkan?"

No comments:

Post a Comment