Wednesday 15 September 2010

RM2 BILION UNTUK BEKALAN AIR DI SABAH




Oleh: SURIATI MAHMUD

RAKYAT Sabah, terutama kontraktor bakal mendapat durian runtuh apabila Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melaksanakan projek khas bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Menurut sumber daripada KKLW, sebanyak 450 projek mega, sederhana dan kecil bernilai RM2 billion akan dilaksanakan sepanjang tempoh dua tahun melalui tender terbuka yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kerjaraya Sabah.

Namun projek ini menimbulkan ketegangan di Pejabat Kewangan Persekutuan Sabah disebabkan mereka tidak terlibat secara langsung dan tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif dalam pengagehan dan kelulusan tender berkenaan.

Lazimnya, semua tender bernilai di bawah RM30 juta akan diputuskan oleh Lembaga Tender Persekutuan Sabah yang terletak di bawah potfolio Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.

Namun projek RM2 bilion ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tender di KKLW yang telah mendapat pengecualiaan tatacara tawaran tender biasa daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Sehubungan itu, ramai kontraktor dan pemimpin UMNO menyuarakan rasa tidak senang hati kerana bimbang Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyalahguna kuasanya dengan memberi tender tersebut kepada suku sakat dan kroninya sebagaimana 16 projek mega NKRA seperti yang didedahkan sebelum ini.

“Cukuplah semasa JPPS dulu kami hanya menjadi pencukup korum kerana mereka telah pilih kepada siapa tender berkenaan mahu diberikan sebelum borang tender dijual. Ini yang tidak patut berlaku. Kita harap Menteri Kewangan Malaysia akan membatalkan pengecualian khas dan mengguna pakai Arahan Perbendaharaan seperti sebelum ini,” ujar kontraktor PKK kelas C, Mohd Yusof, yang mengakui tidak pernah mendapat projek lima tahun lalu dan terpaksa menggunakan Lesen PKK Kelas F adiknya untuk mendapatkan dana dan memperbaharui lesen PKKnya.

Kata Mohd Yusof, beliau kenal sikap Shafie yang gemar memperkayakan kroni dan saudara maranya, sehingga adiknya menjadi broker projek dan kaya raya; tanpa berani disentuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hanya berminat mengorek kesalahan pemimpin pembangkang.

No comments:

Post a Comment