Wednesday 15 September 2010

SABAHKINI WAJAR SIASAT PAIRIN DAN JEFFREY



Saudara Pengarang,

SAYA terpanggil untuk mencadangkan sedikit pendapat kepada saudara kerana saya rasa saudara pengarang (Mutalib M.D) adalah wira dalam soal memperjuangkan Hak Peribumi Sabah.

Untuk makluman saudara, memang benar ramai yang menggunakan IC Projek tetapi tidak kurang juga yang telah menukar identiti dari warga China menjadi Murut, Dusun, Kadazan.

Walaupun mereka berkahwin campur tapi bapa mereka adalah asli China, jadi bagi saya mereka tetap berketurunan Cina.

Adalah amat wajar jika saudara menyiasat Datuk Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan ramai lagi pemimpin PBS, USNO dan sebagainya kerana suatu masa dahulu mereka suka menggunakan ‘siang’ keturunan Cina (maklumat ini saya perolehi daripada rakan saya pada tahun 1984).

Ramai pemimpin Sabah sekarang ni bukan bumiputera asli tetapi dari keturunan China. Cuba lakukan DNA terhadap mereka, saya rasa pasti akan terbukti.

Satu persoalan lagi, apakah benar orang Dusun dan Kadazan adalah Peribumi Sabah sedangkan pakaian tradisi mereka kain baldu tapi tidak ada sejarah perhubungan suku ini dengan kaum lain. Kuburan mereka amat terkait dengan Tajau Naga buatan Cina. Apakah mereka benar-benar pribumi?.

Dalam sejarah, mereka dikatakan pendatang daripada Myanmar. Betulkah? Mereka hanya berada di beberapa tempat dan mula berhijrah dan menjadi peneroka selepas kemerdekaan Sabah melalui Malaysia.

Sekarang ini mereka berkokok bersama saudara menuntut pembelaan Bumiputera Sabah. Lagi satu saya cabar saudara siasat benarkan Ketua PAS Sabah bumiputera Asli Sabah?

Dalam hal ini, saya berharap agar saudara berlaku adil dalam perkara ini supaya yang benar-benar berhak mendapat pembelaan sepenuhnya.

Salam Merdeka,

KUDA PUTIH

1 comment: