Monday 6 September 2010

SABAHKINI.NET PEJUANG SEBENAR RAKYAT SABAH




Saudara Pengarang,

DENGAN wujudnya Sabahkini.net, ia telah membuka mata dan minda orang Sabah yang selama ini tertutup dan terkongkong. Lebih-lebih lagi apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) bertindak memasuki semula Barisan Nasional (BN) pada tahun 2003. Senario ini menyebabkan penduduk Sabah semakin tersepit tanpa pembela sebenar, seolah-olah lorong gelap tanpa penghujung.

Sehingga wujudnya Sabahkini.net, seolah satu sinar baru di hujung terowong masa bagi rakyat Sabah yang selama ini kegelapan di bawah sinar cerah mentari. Sabahkini.net menjadi era baru dalam wadah perjuangan membela nasib Anak Negeri Sabah.

Kebanyakan rakyat Sabah berpendapat bahawa Sabahkini.net adalah pejuang sebenar ketika ini. Sabahkini.net telah menyajikan pelbagai maklumat yang amat berguna untuk menyedarkan orang ramai akan kepincangan dan salahlaku pemimpin Sabah; termasuk agensi dan badan penguatkuasaan yang lemah, rasuah dan pelbagai lagi kelemahan yang sudah tentu merugikan rakyat Sabah.

Pilihanraya umum ke-13 bakal menjelma dan kedudukan Sabah sebagai ‘Fix Deposit’ BN dilihat semakin hanyut dan goyah. Ramai pemerhati politik menjangkakan BN /UMNO Sabah bakal tumbang akibat siri pendedahan demi pendedahan oleh Sabahkini.net akan salah laku pemimpin BN Sabah.

Jika ini benar-benar berlaku, maka Sabahkini.net akan dianggap sebagai wira sebenar dalam menumbangkan regim jahat BN di Sabah. Sebagaimana orang ramai menanggap Malaysiatoday dan Raja Perta Kamaruddin sebagai dalang sebenar sehingga lima negeri melayang ke tangan pembangkang pada PRU Ke-12 yang lalu.

Di sini, secara peribadi saya sentiasa menyokong Mutalib M.D dan Sabahkini.net, walaupun bukan dengan wang ringgit tetapi sokongan moral dan saya percaya ratusan ribu lagi rakyat Sabah yang sentiasa berada di belakang Sabahkini.net dan Mutalib M.D selaku C.E.O dan Editor.

Bagi saya, Sabahkini.net bukanlah ‘Geng Adu Domba’ (GAD) tetapi pejuang dan pembela sebenar nasib dan hak Anak Negeri Sabah.

Kepada Sabahkini.net dan semua krew yang sanggup menggadai nyawa demi memperjuangkan kedaulatan Sabah dan rakyatnya, teruskan membela dan berjuang demi keadilan Anak Negeri Sabah.

Sekian, Salam Hormat.

BENDRU SULIM

No comments:

Post a Comment