Sunday 5 September 2010

SALAM KEMERDEKAAN BUAT MICHAEL CHIA!



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

‘THE Untouchable of The Untouchable Mr. Underwear’ Michael Chia Tien Foh, tokoh konglomerat paling berjaya yang dilahirkan di era Barisan Nasional, kini semakin merdeka membelanjakan wang haram yang digubahnya setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) teragak-agak mahu mengambil tindakan terhadapnya atas campur tangan politik.

Michael Chia yang dibebaskan dengan ikat jamin tunai RM50,000 (bukan RM100,000 yang dilaporkan sebelum ini) hanya dikehendaki mengisytiharkan harta tanpa membekukan semua harta yang diperolehi daripada kegiatan penggubahan wang haram.

Oleh itu, tidak hairanlah, jika dia membariskan semua kereta mewah seperti Hummer, Lamboghini, Porshe dan sebagainya di tempat letak kereta Hotel Shang-rilla Kuala Lumpur untuk menunjukkan dia masih kekal ‘The Untouchable’ dan kaya tanpa siapa berani menyentuhnya selagi mempunyai wang dan selagi Musa Aman berkuasa sebagai Ketua Menteri Sabah.

Apatah lagi, Michael Chia, anak-anak dan isterinya, Yap Loo Mien kini berada di Melbourne Australia berbulan madu dengan wang yang tidak disita SPRM yang kesemuanya bernilai USD4 billion telah dipindahkan ke Australia dalam usaha Michael Chia merayu untuk mendapatkan kerakyatan Australia yang ditolak sebelum ini.



Dengan wang haram yang telah berjaya digubah di Hong Kong, Michael Chia telah membeli dua buah rumah bungalow; masing-masing bernilai USD 5 juta untuk isterinya, Yap Loo Mien di Australia dan RM1 juta di IJM Sandakan untuk gundiknya, Yap Siaw Lin @ Kiki ‘Chicken’ Yap.

Kini Kiki ‘Chicken’ Yap yang telah 'dibebaskan' (setelah berunding dengan pihak atasan) daripada waran tangkap SPRM bahagia bekerja sama dengan anak Michael Chia, Chia Li Ching, di pejabat Danagaya Sdn.Bhd di Bandar Indah, Sandakan untuk menjaga aktiviti pembalakan haram yang dilakukan bersama dengan anak saudara, Tan Sri Ting Pek King iaitu Simon Ling Ding Dieng.

Michael Chia dijangka pulang ke Sabah pada 11 September kerana perbicaraan kes rasuahnya dijadualkan akan bersambung pada 13 hingga 15 September 2010 di Mahkamah Tinggi Sandakan.

Ketika pemimpin Sabah dan Semenanjung bertekak berhubung kemerdekaan Sabah, Michael Chia sewajarnya manusia yang paling bahagia menyambut Hari Kemerdekaan Sabah dan Hari Malaysia pada 16 September 2010 kerana sudah bebas sepenuhnya membelanjakan wang yang digubah melalui penjualan konsesi pembalakan dan SPRM hanya melihat dengan mata terbeliak.

Dalam pada itu, rakan Michael Chia, Simon Ling Ding Dieng telah memberhentikan operasi pembalakan haram termasuk menebang kayu di bawah atau di atas ukur lilit yang dibenarkan, kawasan tanah tinggi melebihi 25 darjah, simpanan repairian di konsesi YS3/07(1) hingga (5) tidak diambil sebarang tindakan undang-undang kerana dipercayai telah membayar sejumlah wang kepada Pegawai Perhutanan Daerah Kalabakan, Tawau dan Pengarah Perhutanan Sabah; namun tidak terjangkau oleh pengetahuan cetek pegawai siasatan SPRM.

Sementara itu, mengikut maklumat yang boleh dipercayai, Musa Aman dan semua kroninya telah diarah mengisytiharkan harta melalui laporan Kes 113/2009 yang berbunyi;

“Pesuruhjaya/Timbalan Ketua Pesuruhjaya/Ketua Pesuruhjaya mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai, berdasarkan penyiasatan bahawa satu kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) di bawah Akta itu berkaitan Nombor Aduan 113/2009 telah dilakukan oleh Datuk Seri Musa Haji Aman, Nombor kad Pengenalan 510330-12-5093 dan kamu selaku saudara/sekutu orang yang tersebut dipercayai dapat membantu dalam penyiasatan ini dan dengan ini mmeberi notis mengkehendaki kamu supaya memberi pernyataan yang benar dan mendedahkan segala maklumat yang diketahui secara bertulis dengan bersumpad atau berikrar.”

Namun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang sebelum ini mengabaikan notis pertama (notis telah diperbaharui dua kali) dipercayai menjawab sambil lewa dan enggan mengaku Jennifer Marcus sebagai isterinya; sedangkan mereka bernikah secara sah dan mempunyai dua orang anak yang dibinkan dengan Musa Aman (Sabahkini.net sedang mendapatkan salinan sah sijil lahir anak Jennifer melalui peguam).

Manakala Richard Barnes dan Nasir Yeo telah membuat akuan bersumpah dan memberi keterangan berkanun kepada SPRM bahawa mereka adalah nominee kepada Musa Aman dan atau hanya berfungsi sebagai ‘Hold On Trust’ kepada Musa Aman.

Namun persoalan yang timbul di benak rakyat Malaysia dan pemerhati politik, adakah SPRM mempunyai kekuatan untuk mendakwa Musa Aman ke Mahkamah sedangkan beliau berada di tampuk kuasa, berbanding dengan Tun Ling Liong Sik yang tidak lagi mempunyai sebarang konotasi dengan politik yang menunjangi MCA sebelum ini.

Siapakah yang menjadi penghalang kepada SPRM untuk mengambil tindakan terhadap Musa Aman yang selama ini telah diwar-warkan memberi Sabahkini.net sehingga ada pihak yang mengambil kesempatan mengaut untung berjuta ringgit di atas ‘sikap berkecuali’ Sabahkini.net terhadap Musa Aman setelah hampir semua kroninya telah ditangkap SPRM untuk tujuan siasatan ala ‘Catch & Release’.

Pihak tersebut mendakwa telah berjaya menjinakkan Sabahkini.net dan memperolehi imbalan yang besar apabila portal ini tidak lagi menghentam Musa Aman segalak sebelum kes penangkapan lebih sedozen kroni Musa Aman dan adik angkatnya, Michael Chia.

Amat memalukan, apabila SPRM telah mencabul Akta Komunikasi dan Multi Media yang menjanjikan dunia tanpa sempadan dan kerahsiaan email dengan menggodam email Editor dan C.E.O Sabahkini.net dan mencetak lebih 15 muka surat email yang dihantar oleh ‘Deep Throat’ yang memberi semua maklumat terperinci berhubung Michael Chia, Musa Aman dan semua kroni mereka; namun sehingga kini gagal mendakwa kesemua mereka yang ditangkap ke mahkamah.

Mungkin disebabkan Sabah terlalu berbangga dengan title ‘Fixed Deposit’ politik, maka Ketua Menteri tidak langsung memerlukan undi daripada ‘Mafia Hong Kong’ Ngui Ing Chuang yang digelar ‘Tai Ngi Lung’ dan ‘Taiko Tai’ bagi pembalak Sabah yang memegang mykad bernombor 500202-13-5431 dan beralamat di 17-B, Jalan Tun Abang Haji. Openg, 96000 Sibu, Sarawak tidak berdaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Manakala Simon Ling Ding Dieng yang memegang Mykad 651217-13-5045 dan beralamat tetap di No. 2, Lorong Rose, Jalan Ling Wen Shun, 96000 Sibu, Sarawak berdaftar sebagai pemilih di Jalan Tun Abang Haji Openg, Bandong, Pelawan, Sibu Sarawak sekalipun mencari makan di Sabah dan memiliki sebuah lagi rumah agam di Penampang, Sabah.

No comments:

Post a Comment