Monday 27 September 2010

SATU UNDI LAMBANG DEMOKRASI PKR?



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MESYUARAT Ulung Cabang PKR Kalabakan yang diadakan petang tadi, 27 September 2010 telah berjaya membentuk jawatankuasa barunya dan barisan kepimpinan yang lebih mantap serta bertenaga sejurus selepas Mesyuarat Agong Pemilihan kepimpinan baru yang diadakan Tawau Sabah pada sabtu lalu bertempat di pejabat PKR Tawau, Sabah.

Dullah Hashim (gambar di atas) seorang muka baru telah terpilih menerajui kempimpinan PKR Cabang Kalabakan dalam perlawanan satu lawan satu untuk mengetuai pasukan PKR Kalabakan dilihat bertenaga bagi memimpin pasukan baru PKR Cabang Kalabakan Sabah ke arah ‘1Kalabakan’ lebih mencabar.

Dalam percubaan pertamanya untuk menawarkan diri sebagai Ketua Cabang PKR Kalabakan, beliau telah berjaya menewaskan Penyandang Cabang PKR Kalabakan, Datuk Dr. Hamzah Hj. Amir dengan kelebihan 1 undi kerana Hamzah memperolehi 71 undi, manakala Dullah mendapat 72 undi.

Hamzah merangkap mantan Timbalan Pengerusi MPN Sabah terpaksa akur dan tunduk kepada keputusan demokrasi tulen bagi memberi laluan kepada Dullah Hashim seorang Pemimpin yang berpengalaman dan lebih mampu membawa PKR ke arah kegemilangan.

Hamzah yang juga abang ipar kepada Menteri KKLW, Datuk Shafie Apdal sebelum ini pernah menjadi Presiden Majlis Tawau telah gagal mempertahankan kerusinya dalam barisan kepimpinan Cabang PKR Kalabakan Sabah.

Bagi memastikan kekuatan barisan Cabang PKR Kalabakan, Dullah dalam mesyuarat pertama telah melantik berberapa calon yang tewas untuk menyertai pasukan untuk mengukuhkan kekuatan Cabang PKR supaya dapat disatukan ke arah perpaduan ahli ahli PKR di kawasan itu.

Dalam mesyuarat pertamanya yang diadakan 48 jam selepas beliau ditabalkan sebagai Ketua Cabang, Dullah Hashim telah membuktikan kewibawaannya dan kemampuannya apabila berjaya mengadakan mesyuarat ulung PKR Kalabakan yang dihadiri oleh kesemua Ahlijawatankuasa Cabang berkenaan dan seterusnya mampu membentuk perlantikan beberapa jawatan yang hendak diisikan tanpa membuang masa.

Bagi memastikan perpaduan dapat dimantapkan beliau telah mengumumkan bahawa ‘1 Undi’ lambang demokrasi di Kalabakan ini akan menjadi petanda ke arah ‘1Kalabakan’ dalam memantapkan barisan kepimpinannya.

Bagi memastikan kekuatan PKR Cabang di Kalabakan dan menyatukan ahlinya yang pernah bertarung dalam pertandingan baru-baru ini, beliau telah melantik seorang calon yang tewas di tangan pencabarnya untuk menyertai pasukan kepimpinannya iaitu Tahir Mail dengan tujuan merapatkan semula ahli-ahli PKR Kalabakan agar bekerja dalam satu pasukan untuk ‘1 Kalabakan’.

Tahil Mail Dilantik Naib Ketua Cabang Baru bagi merapatkan Barisan Pimpinan

Beliau juga mengumumkan perlantikan AJK penting yang terdiri dari :-

Yunos Bin Kahal - sebagai Naib BARU Ketua Cabang Kalabakan

Jhon Bin Mursid - sebagai Setiusaha BARU Cabang Kalabakan

Cheong Thien Sung - sebagai Bendahari BARU Cabang Kalabakan

Salim Bin Salleh - sebagai Ketua Penerangan BARU Cabang Kalabakan

Sementara itu dalam mesyuarat ini juga beliau berjanji untuk menyerapkan semula pemimpin-pemimpin yang tercicir dan tidak terpilih supaya berkerjasama dalam pasukan Cabang Kalabakan, Sabah.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kesemua Ajknya di antaranya; Mohd. Noor Bin Sakka, Hamzah Bin Baginda, Jumadil Bin Dumai, Kuyun Bin Ajau, Roslan Bin Atiw, Raili Bin Kahal, Darsono bin Salijan, Abdul Mutalib bin Untai, Nafisah Bte Yusop, Saiful Fadly Bin Dullah, Japri Bin Surong, Yusop bin Isid dan Thien Yun Fat.

Dengan kehadiran semua AJK PKR Cabang dan semua AJK dilantik, maka lengkaplah tugas tanggungjawab Cabang ini menjalankan peranannya sebagai barisan Perpaduan ke arah ‘1 Kalabakan’.

Dullah Hashim memohon supaya semua ahli PKR bersatu semula dan merapatkan pasukan PKR di kawasan ini dan merayu supaya pasukan yang telah dibentuk ini menjalankan tanggungjawab dan bersabar sementara waktu bagi memberi masa kepada beliau untuk memikir dan merancang masa depan PKR.

Dullah turut memohon kepada ahli yang tidak terpilih dalam pemilihan baru-baru ini supaya merapatkan perpaduan dan tidak menghancurkan harapan ahli-ahli PKR di kawasan berkenaan.

“Sebarang rasa tidak puashati yang hendak dikemukakan, saya sedia mendengarnya dan tidak perlu disampaikan kepada MPN atau Pusat, melainkan jika saya gagal mengambil tindakan,” rayu Dullah lagi.

No comments:

Post a Comment