Tuesday 21 September 2010

SETIAUSAHA AGUNG USIA DIGANTUNG KERJA



GANTUNG….Abdullah digantung kerja tetapi masih ada agenda rahsia dengan Tun Sakaran yang memegang talinya. Jadi gantung atau tidak? Atau gantung tidak bertali?

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Haji Abdullah Hussin digantung kerja dan diberikan cuti panjang sehingga proses siasatan selesai dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak Polis berhubung penyelewengan yang berlaku dalam badan agama itu.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (USIA) yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tun Haji Sakaran Dandai baru-baru ini dan ianya dipersetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi bagi membolehkan proses sisatan berjalan dengan lancar.

Jawatan itu ketika ini dipangku oleh Penolong Setiausaha Agung (USIA), Datuk Haji Arshad Edris.

Berikutan itu, rata-rata ahli USIAdi negeri ini menyambut baik keputusan tersebut meskipun mereka sifatkannya sebagai langkah, ‘Nasi Sudah Menjadi Bubur’, namun keputusan tersebut penting bagi memulihkan imej USIA yang sudah tercalar ekoran siasatan yang dilakukan, walaupun masih di peringkat proses sisatan

“Kita berharap keputusan ini perlu dihormati oleh semua ahli-ahli (USIA) dan tidak ada tindakan akan berlaku ‘double standard’ atau cakap tidak serupa bikin selepas keputusan ini demi untuk memulihkan imej (USIA),“ jelas seorang ahli USIA, Awang Latip.

Beliau menambah, menurut sumber yang dipercayai, sebaik sahaja Datuk Abdullah digantung kerja pada 8 September 2010, beliau masih datang ke pejabat dan berjumpa dengan Tun Sakaran pada 14 september 2010 bagi mengadakan perbincangan dengan Tun Sakaran termasuk membuat surat surat resmi pertubuhan tersebut dan mengeluarkan serta menandatangani surat perlantikan kepada seorang pegawai baru yang dilantik yang tarikhnya dikebelakangkan.

“Perkara ini sepatutnya tidak berlaku dan Tun Sakaran perlu menghormati keputusan Jawatankuasa Tertinggi (USIA) sebelum ini, agar segala urusan yang melibatkan pentabdiran pertubuhan tersebut tidak lagi membabitkan Datuk Abdullah sehingga proses siastan berakhir,” katanya.

Beliau menambah, tindakan tegas perlu dilakukan terhadap mereka yang bertanggungjawab sekiranya perbuatan pecah amanah ini benar-benar berlaku tanpa sebarang kompromi

Ini menurut beliau, sesuai dengan kenyataan Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai di salah sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam salah laku penyelewangan dalam pengurusan dan pentadbiran pertubuhan tersebut

Menurut Sakaran, USIA selaku pertubuhan Islam hendaklah sentiasa terhindar daripada sebarang bentuk perbuatan yang boleh menjejaskan nama baik dan agama Islam kerana perpaduan dan kerja dakwah yang tulen hendaklah dijadikan landasan perjuangan (USIA) supaya dihormati dan relevan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, Awang Latip meminta pihak yang bekaitan agar segara menyiapkan proses sisatan ini demi memulihkan keyakinan dan imej ahli-ahli (USIA) di seluruh negeri ini.

“Kita tidak mahu kerana nilai setitik, rosak susu sebelanga. Mereka yang bertanggungjawab sekiranya berlaku perbuatan pecah amanah sebagaimana yang didakwa, perlu diheret ke muka pengadilan,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment