Friday 17 September 2010

SETIAUSAHA KETUA MENTERI SABAH KURANG AJAR?



CEMAR…..Kebiadapan dan kurang ajar Nizam kepada para wartawan mencemarkan nama baik Ketua Menteri. Manakala Ibu Ayam ini berlagak di atas pentas kerana semua dijadikan hamba termasuk wartawan dan pihak polis.

Saudara Pengarang,

PROGRAM ‘Juara Rakyat’ peringkat negeri Sabah yang dihadiri oleh hampir 50,000 rakyat Malaysia di Sandakan tercemar apabila Setiausaha Politik Ketua Menteri, Mohammad Nizam Abu Bakar Titingan mengherdik para wartawan yang membuat liputan program tersebut.

Izinkan saya untuk menggunakan sedikit ruang portal ini untuk mendedahkan sikap kebiadapan dan kurang ajar dan tidak masuk ajar Nizam sehingga mencemarkan nama baik Ketua Menteri Sabah ketika Perdana Menteri memberi ruang kepadanya untuk terus memimpin Sabah.

Seorang lagi perempuan Cina (tidak dikenali) membuat kacau kerana bukan sahaja wartawan disuruh ke sana ke mari, bahkan juga pegawai polis turut juga dijadikan hamba abdinya.

Selaku Ketua Biro Sabahkini.net di Sandakan, saya ingin menyelar sikap biadap dan kurang ajar Nizam kepada para wartawan yang sedang membuat liputan sempena program Juara Rakyat Peringkat Negeri Sabah berlansung di Padang Bandaran Sandakan.

Ekoran daripada sikap kebiadapannya dan kurang ajar Nizam yang memperlakukan para wartawan yang bertungkus-lumus membuat liputan seperti anjing telah menimbulkan kemarahan di kalangan wartawan terbabit.

Sepatutnya Nizam tidak boleh berkasar atau mengeluarkan kata-kata kesat memaki hamun kepada wartawan yang sedang menjalankan tugas. Kalaupun mahu bercakap kepada wartawan supaya beralih ke lain, tempat cakaplah dengan cara diplomasi. Cakap bagus-bagus, bukannya menolak atau mengherdik wartawan seperti binatang.

Tindakan Nizam yang mengasari kepada para wartawan benar-benar mencemarkan nama baik Ketua Menteri Sabah kerana tidak berprofesional dalam mengendalikan satu-satu tugas, sehingga mencacatkan program Juara Rakyat tersebut.

Mentang-mentanglah dia Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, media akan takut kepadanya? Minta maaflah Nizam. Wartawan lain seperti wartawan New Sabah Times atau Utusan Borneo bolehlah dipijak-pijak kepala mereka sampai lumat, tetapi bukan wartawan Sabahkini.net. Jangan cuba bermain api, nanti nahas kamu jadinya.

Orang yang bersifat jahil dan persis binatang ini seharusnya disingkir saja daripada menjawat jawatan penting sebagai Setiausaha Politik atau apa juga jawatan yang berhubung kait melayan rakyat bagi pihak kepada Ketua Menteri.

Sikap barbarian Nizam lebih menjurus kepada mencemarkan nama baik Datuk Musa Aman. Sewajarnya Musa melucutkan sahaja jawatannya sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri kerana lebih banyak calon yang berkelayakan dan beradap sopan.

Saya dengan ikhlas menasihatkan Nizam, walaupun mempunyai jawatan sebagai Setiausaha Politik, janganlah bersikap sombong, angkuh, biadap dan kurang ajar. Ubahlah perangai seperti orang yang waras. Ingatlah bahawa pusingan roda tidak selalu di atas. Ada kalanya ia di bawah. Suatu hari nanti, Musa jatuh daripada takhta kerusi empuk Ketua Menteri, Nizam akan jadi kucing kurap atau anjing buruk kepala.

Hormatilah peranan para wartawan kerana wartawan juga banyak menyumbang tenaga membangunkan Negara ini sekalipun Nizam menganggap wartawan menyusahkan terutama menaikkan nama Ketua Menteri Sabah yang sudah hampir di penghujungnya ketika kes Michael Chia didedahkan.

Salam Merdeka Buat Musa Aman!

SHAIMON S JUMADI

No comments:

Post a Comment