Thursday 9 September 2010

SGT PUNCA GANGGUAN ELEKTRIK DI SELURUH SABAH




Oleh: KOMUNIKASI KORPORAT SESB

SABAH Gas Terminal (milik Petronas) di Gayang, Sepanggar yang membekalkan gas ke Stesen Janakuasa Bebas/Independent Power Producer (IPP) Ranhill Powertron I (190MW), Ranhill Powertron II (130MW) dan Sepanggar Bay Power Corporation (SBPC) (100MW) telah mengalami masalah teknikal pada jam 7.25 petang dan bekalan gas kepada janakuasa tersebut telah terhenti.

Insiden ini telah menyebabkan Stesen Janakuasa Ranhill Powertron II dan SBPC terpelantik (tripped) dan seterusnya menyebabkan gangguan bekalan di seluruh Sabah bermula pada jam 7.28 petang kelmarin (8 September 2010). Stesen Janakuasa Ranhill Powertron I pula telah ditukar kepada diesel untuk terus beroperasi.

Kejadian ini juga telah mengakibatkan kapasiti janaan sedia ada mengalami kekurangan janaan (generation shortfall) sebanyak 230MW dan pengaktifkan sistem pertahanan Grid (Grid System Defense) iaitu ‘under frequency tripping’ diaktifkan seperti catuan bekalan kecemasan (emergency load shedding) di beberapa kawasan di seluruh Sabah bagi memasti dan mengekalkan kestabilan sistem Grid Sabah.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan ini adalah seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Papar, Beaufort, Keningau, Kota Marudu, Kota Belud, Lahad Datu, Sandakan, Tawau, Wilayah Persekutuan Labuan dan lain-lain kawasan sekitar. Selain itu, talian di bahagian Call Management Centre SESB juga banyak menerima aduan tetapi hanya 784 panggilan sahaja dapat dijawab (answered calls) sepanjang tempoh tersebut.

Walau bagaimanapun, bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 7.35 petang pada hari yang sama.

Pada ketika ini, permintaan pada beban puncak (peak demand) bekalan elektrik di Sabah adalah sebanyak 780MW dan kapasiti janaan elektrik menggunakan gas di Sabah adalah sebanyak 420MW ataupun 57% daripada jumlah keseluruhan kapastii janaan SESB.

Kebergantungan negeri Sabah pada hanya satu sumber tenaga elektrik sahaja boleh memberikan impak besar terhadap keselamatan dan keseimbangan Grid Sabah terutamanya bekalan elektrik yang konsisten kepada pengguna di seluruh Sabah. Oleh yang demikian, bagi memantapkan sistem penjanaan SESB perlu berpandukan kepada ‘five fuel policy’ yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pihak SESB juga memohon maaf di atas segala dikesulitan yang dialami oleh pengguna SESB yang disebabkan oleh insiden ini.

No comments:

Post a Comment