Thursday 23 September 2010

SHAFIE JADI RAJA SEHARI?



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

AKHIRNYA setelah kes gigit-menggigit pipi madunya, jelitawan tinggi lampai, Zahida Rafique dilaporkan telah bernikah dengan Menteri paling pendek dalam Kabinet Malaysia iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal di London sebelum puasa ramadan lalu.

Demikian gossip yang di’spin’ oleh www.zonartis.com yang menyebut Zahida dan Shafie kini sudah menjadi suami isteri.

Walaupun ia masih bertaraf gossip atau gunjing, namun ia mungkin mengulangi kes pernikahan Bung Mokhtar dengan Zizi Ezzete; Azmi Khalid dengan Normala Shamsuddin dan Mike Tyson dengan Ku Yah yang menjadi kontraversi sedikit masa lalu.

Menurut sumber, Shafie yang akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada lusa (Sabtu), 25 September 2010 di Dewan Masyarakat Semporna bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dijangka akan membuat pengumuman berhubung gossip tersebut.

Ramai rakan Zahida dijangka hadir di Majlis Rumah Terbuka berkenaan kerana menurut khabar angin, Shafie dijangka akan memperkenalkan Zahida di majlis tersebut yang turut dihadiri isteri pertamanya, Datin Seri Hajjah Shuryani Datuk Haji Shuaib.

Sebelum ini, Zahida muncul dalam beberapa akhbar hiburan menafikan mempunyai skandal dengan VVIP, namun tidak menafikan hubungan dengan Shafie Apdal yang menjadi rakan rapatnya sejak Skandal London Gate! (hanya Zahida yang tahu).

Tahniah Shafie! Jika berita ini benar, bermakna anda telah berjaya membersihkan diri anda sebagai pemimpin Islam yang sebelum ini menerima pelbagai gossip dan sekaligus dapat menewaskan diri anda sendiri yang sebelum ini ‘Kia Boh’ atau ‘Takut Bini!’

Kepada Datin Shuryani dan ‘Datin’ Zahida (A.M.N) selamat bermadu!

No comments:

Post a Comment