Friday 24 September 2010

SIAPA SONGLAP PERUNTUKAN ADUN K. PENYU?



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MENGIKUT Adun Kuala Penyu, John Teo Mau Sing peruntukan Adunnya tahun ini sudah habis dilaksanakan walaupun ramai kalangan rakyat di kawasan ini tertanya-tanya di mana agaknya projek yang telah dibiayai daripada peruntukan tersebut.

Malah yang paling kecewa ialah puluhan kontraktor Kelas F di daerah ini yang sekarang sudah menderita kerana tiada lagi projek cabutan; mengharapkan dapatlah sekurang-kurangnya tempias dan diberi peluang untuk mengendalikan projek daripada peruntukan Adun itu sekiranya ada projek seperti itu dilaksanakan.

Dakwa mereka, mustahil Adun berkenaan sampai hati menyerahkan semua projek kecil kepada satu atau dua kontraktor sahaja; tambahan pula jika ada projek dilaksanakan mestilah kelihatan di hadapan mereka.

Masalahnya, adakah projek tersebut dilaksanakan? Di mana dan apa bentuk projek tersebut? Hany John Teo dan Pegawai Daerah Kuala Penyu sahaja yang tahu? Bagi mereka, rakyat tidak berhak tahu kerana itu kuasa mereka. Tapi YB itu terlupa, siapa yang meletakkan beliau di tempat kekuasaan sekarang? Rakyat berhak menterbalikkan beliau pula nanti.

Ramai juga mempersoalkan mainan silap mata YB tersebut setiap kali ditanya mengenai peruntukan Adun. Dia kata sudah langsai, bukan banyak sangatpun. Tetapi apabila dirisik-risik, peruntukan itu hanya dikendalikan oleh seorang dua kontraktor sahaja. Biasanya macai YB yang kendalikan, serpihan-serpihannya di’songlap’ orang suruhan YB termasuklah Japari Kunin, Ketua Pemuda Upko Beaufort yang tidak pernah mengadakan mesyuarat AJKnya.

Ada juga kontraktor yang sangat kecewa dengan keadaan tersebut membebel bahawa adakah tukang-tukang ‘songlap’ projek YB ini boleh menyelamatkan beliau daripada berhadapan dengan tekanan-tekanan luar yang sentiasa memerhati gerak-geri beliau?

Rakan-rakan daripada UMNO dan PBS adalah antara mereka yang paling kesal dan kecewa dengan cara John Teo mengageh-agehkan peruntukan Adunnya kerana meraka meragui ke mana perginya peruntukan tersebut disebab banyak projek yang diwar-warkan untuk dilaksanakan, bukan sahaja tidak kelihatan malah tidak dapat diketahui berbentuk apa.

Karenah wakil rakyat ini memang aneh, jangankan rakan-rakan dari UMNO dan PBS mendapat peluang daripada peruntukan Adun tersebut, malah orang UPKO sendiri dikatakan tidak pernah mendapat sedikitpun peluang sejak beliau menjadi YB empat tahun lalu.

Rasa-rasanya John Teo ini, seorang YB ‘Bionik’ atau ‘Superman’ kerana beliau tidak memerlukan bantuan orang UMNO, PBS dan UPKO sendiri untuk beliau menduduki kerusi Dun tersebut.

Lucunya, ada juga rakan-rakan berani menggelar John Teo ini ‘YB Botol’ sehinggakan tidak lama dulu beliau ‘naik angin’ dengan Editor Sabahkini.Net, Mutalib M.D apabila gambar beliau bersama botol arak terpampang di portal Sabahkini.net.

Dalam hal ini, John sepatutnya sedar kerana begitulah realiti kehidupan hariannya dan tidak perlu marah-marah kerana kaki botolpun, satu realiti kehidupan bukan salah YB. Yang salah ialah rakyat yang mengundi beliau.

Jadi sekarang, tidak perlulah tuding-menuding, siapa benar dan siapa salah? Pendek kata, tunggu sahaja Pilihanraya Umum Ke-13. Kalau kepimpinan BN Sabah mahu mencalonkan juga, kaki botol atau penyamun atau tukang bodek, itu hak mereka. Sebagai rakyat biasa, hak mereka hanyalah untuk mengundi mengikut pilihan masing-masing!.

No comments:

Post a Comment