Thursday 30 September 2010

TIANG VOLTAN TINGGI DILANGGAR



Oleh: CENDERAMATA HAJI SINTEH

SEBATANG tiang voltan tinggi (High Tension) milik SESB di Jalan Tanaki-Kiranau, Penampang yang membekalkan elektrik hampir patah selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan berat lebih kurang jam 2.00 pagi tadi (30 September 2010).

Kejadian ini juga telah menyebabkan bekalan elektrik kepada hampir 100 orang pengguna di sekitar Kampung Tanaki, Penampang terputus. Hasil pemeriksaan juga mendapati beberapa talian berlainan fasa (different phase) telah mengalami kerosakan ekoran daripada impak kejadian tersebut.

Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 12.00 tengahari pada hari yang sama.

Pihak SESB memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna SESB ekoran daripada kejadian ini.

No comments:

Post a Comment