Sunday 26 September 2010

‘THE UNTOUCHABLE’ SALLEH KALBI?



Oleh: SURIATI MAHMUD

AHLI Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi yang terkenal sebagai ‘Pakar Bohong’ di Parlimen dan di Lahad Datu, Tungku dan Kunak sebenarnya satu lagi ‘Mr Untouchable’ ciptaan Barisan Nasional kerana walaupun mempunyai banyak kes rasuah, namun belum pernah disiasat SPRM.

Ketika menghadapi Pemilihan UMNO Silam 2008, Salleh yang bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagia Silam telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dengan mengeluarkan Surat Kelulusan projek kepada Perwakilan UMNO Silam, namun SPRM tidak menjalankan siasatan sekalipun laporan dibuat terus ke SPRM.

Selepas pemilihan UMNO, ada pihak yang membuat laporan terus kepada SPRM dengan bukti yang menunjukkan Salleh bukan sahaja telah menyalahgunakan peruntukan Jabatan Perdana Menteri, malah semua dana yang disalurkan terus ke akaun peribadinya sebagai pendahuluan, daripada pelbagai kementerian untuk melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan termasuk subsidi petani, penternak dan nelayan berjumlah lebih RM250,000.

“Namun sehingga ke hari ini tidak ada yang diambil tindakan, seolah-olah beliau menggunakan UMNO sebagai passport untuk melakukan jenayah pecah amanah, rasuah dan salahguna kuasa,” ujar Ketua Angkatan Muda PKR Kunak, Citra Masadi yang turut membuat laporan polis dan SPRM terhadap Salleh.

Citra mengulas kenyataan Ketua Penerangan AMK PKR Sabah, Zainuddin Hassan yang menyifatkan SPRM sebagai Ayam Jantan yang kokok berderai-derai tetapi buntut dipenuhi tahi; terutama apabila Pengarahnya, Haji Jalil Jaafar mengakui daripada 251 kes yang dilaporkan, hanya Sembilan sahaja yang dibuka kertas siasatan dan tidak ada sebarang tangkapan dalam lapan bulan pertama tahun ini.

Menurut Citra, beliau menerima banyak maklumat daripada orang awam dan telah menyalurkan maklumat berkenaan kepada pihak polis dan SPRM, namun tiada tindakan diambil sehingga menjadikan Salleh kelihatan kebal dan bertambah sombong dan bongkak; terutama melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dan menyalurkan projek pembangunan kepada Pati dan kroninya.

“Terbaru kita mendapat aduan daripada sebuah sekolah menengah di Lahad Datu bahawa Salleh gagal menjelaskan saguhati RM1,000 bagi setiap sekolah yang menyertai pertandingan reka cipta sempena Hari Alam Sekitar yang diadakan di SMK Agaseh pada 2009,” kata Citra yang menyatakan bahawa Jabatan Alam Sekitar telah menyalurkan sejumlah RM30,000 ke akaun peribadinya sejak 2008 lagi, namun Salleh gagal melaksanakan sebarang program dan gagal menjelaskan bayaran saguhati berkenaan yang sepatutnya dikeluarkan daripada peruntukan RM30,000 tersebut.

Kata Citra, beliau kesal kerana setelah ada pihak yang membuat laporan rasmi kepada SPRM berhubung penyalahgunaan peruntukan Jabatan Alam Sekitar berkenaan, Salleh telah mengarahkan Ketua Pegawai Perhubungannya, Chong Su Vun menjelaskan bayaran yang terhutang sejak lebih setahun kepada sepuluh sekolah terbabit, termasuk juara reka cipta sejumlah RM15,000.

“Mana lagi RM15,000? Mungkin pegawai siasatan SPRM tidak pandai matematik dan belum lulus peperiksaan undang-undang kerana menganggap kes berkenaan telah selesai,” ujar Citra yang mendesak agar SPRM membuka semula kertas siasatan sebagaimana mereka mengganyang Mantan Ahli Parlimen Silam, Datuk Samsu Baharun Haji Abdul Rahman dalam kes tuntutan palsu sejumlah RM50,000.

No comments:

Post a Comment