Saturday 18 September 2010

VK LIEW TEGUR BN SABAH




PRESIDEN Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew menggesa parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) mengetepikan perselisihan dan bekerjasama untuk terus mendapatkan sokongan rakyat Sabah.

"Matlamat bersama kita ialah memenangi pilihan raya umum akan datang untuk BN dengan mengalahkan pembangkang sekali lagi. Perjuangan bersama kita ialah mendapatkan semula keyakinan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Liew memberikan respons terhadap nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada LDP semalam bahawa parti itu perlu mengamalkan prinsip kerjasama dan semangat BN ketika menangani masalah dengan parti komponen lain BN.

"Ingatan Perdana Menteri itu meliputi semua pihak, ia tidak ditujukan hanya kepada sebuah parti komponen. Saya berharap dapat melalui tempoh yang lebih menggembirakan ketika mana kita bekerjasama di bawah teraju BN.

"Kita mempunyai tugas untuk memerintah dan mentadbir sebuah kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat.

"Kita semua dalam BN mesti mengetepikan perselisihan faham dan berusaha bagi mencapai matlamat bersama," kata beliau.

No comments:

Post a Comment