Monday 11 October 2010

17 CABANG PKR SABAH SOKONG ANSARI



SOKONG….Haji Ansari mendapat sokongan padu Ketua Cabang, AMK dan Ketua Wanita Negeri Sabah.

Oleh: ZIELA A

AHLI Majlis Tertinggi PKR, Haji Ansari Abdullah mendapat sokongan padu 15 Ketua Cabang di Sabah untuk bertanding sebagai Naib Presiden PKR pada pemilihan parti akan datang.

Setakat ini, Haji Ansari telah memperoleh 24 pencalonan iaitu 15 daripada Sabah, 2 daripada Sarawak dan 7 daripada Semenanjung Malaysia; iaitu Kudat, Tuaran, Pensiangan, Semporna (tertunda), Pensiangan, Beluran, Kota Marudu, Kalabakan, Sandakan, Batu Sapi, Kinabatangan, Ranau, Silam, Tenom, Tawau, Santubung, Sri Aman, Padang Rengas, Baling, Bagan Serai, Putra Jaya, Setiawangsa, Sabak Bernam, Tanjung Karang.

“Kita sudah membuat ketetapan sebulat suara agar Sabah diberi peluang mengisi satu Kerusi Naib Presiden melalui pemilihan dan bukannya lantikan seperti sebelum ini dan kita berharap agar semua Cabang dan perwakilan memberi sokongan yang erat kepada Haji Ansari,” ujar Ketua Cabang Silam, Johani Abdul Halim.

Kata Johani, oleh kerana Sabah mempunyai potensi untuk menyumbang kerusi yang banyak kepada PKR pada pilihanraya umum akan datang, maka ahli akar umbi PKR dan semua Ketua Cabang di Sabah dan Semenanjung Malaysia wajar memberi sokongan padu kepada Haji Ansari.

“Beliau (Haji Ansari) sahaja yang boleh mewakili semua suku kaum di Sabah kerana selama ini ada kaum yang terpinggir daripada arus politik PKR disebabkan dasar yang agak tertutup dan lebih bersifat parokial,” ujar Johani lagi yang berikrar akan memastikan kempen diperhebatkan untuk memenangkan semua calon dari Sabah.

Dalam pada itu, ketika ditemui Sabahkini.net selepas Sidang Akbar berkenaan, Ansari menyambut baik sokongan padu 24 Ketua Cabang (termasuk) 7 di Semenanjung dan berikrar akan berkhidmat dengan penuh komited sekiranya terpilih.

"InshaAllah, saya akan memastikan PKR akan semakin semarak di Sabah. Sama ada saya menang atau kalah, bukan halangan untuk saya terus berkhidmat. Soalnya, saya perlukan kedudukan di peringkat Nasional untuk menyuarakan hak Sabah di peringkat Nasional," ujar Ansari yang mendapat mandat baru yang lebih besar di Cabang Tuaran.

Kata Ansari, perpaduan di kalangan Ketua Cabang di Sabah semakin mantap dan erat sehingga mereka tidak berbelah bahagi mencalonkan beliau mewakili Sabah ke peringkat Nasional.

No comments:

Post a Comment