Tuesday 12 October 2010

ANGKATAN MUDA WAJAR DIBERI PELUANG!



Saudara Pengarang,

SAYA amat tertarik dengan kenyataan media rasmi rakyat Sabah iaitu sabahkini.net bahawa sudah tepat pada waktunya Calon Parlimen Batu Sapi diberi kepada Angkatan Muda PKR yang berasal daripada Batu Sapi sendiri.

Cadangan ini timbul semata-mata kerana berdasarkan sejarah pilihanraya umum Sabah, PKR telah mengimport ramai ‘calon bidan terjun’ sehingga gagal meraih sokongan akar umbi dan pengundi atas pagar disebabkan kecenderungan mereka menyukai calon tempatan yang mudah mesra dan boleh ditemui di mana sahaja.

Dengan pemilihan wakil Angkatan Muda PKR, terutama Ketua AMK merangkap Setiausaha Bahagian Batu Sapi; yang juga Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Zainuddin Hassan, dijangka pola sokongan pengundi akan berubah dan memihak kepada PKR sekalipun kemungkinan menghadapi lawan yang hebat seperti Datuk Yong Teck Lee (SAPP) dan calon PBS yang juga daripada luar daerah.

Pada pandangan peribadi saya, Angkatan Muda PKR Sabah amat berbangga sekiranya PKR Pusat memilih Zainuddin Hassan sebagi calon pilihanraya kecil ini kerana sejak beberapa dekad PKR bertapak di kawasan Batu Sapi, tidak seorangpun ‘anak watan’ pernah diberi mandat untuk mewakili bangsa dan kaumnya sendiri.

Sehubungan itu, pemilihan Zainuddin yang mewakili Angkatan Muda PKR akan memberi kejutan kerana keberanian dan perjuangan selama ini menentang kezaliman BN dan saya tidak menolak kemungkinan jika ada calon lain yang mencuri peluang untuk melakukan kejutan pada saat akhir.

Izinkan saya memaparkan contoh daripada sejarah pilihanraya Parlimen Batu Sapi kerana sejak PKR mula meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihanraya umum 1999 dengan meletakkan Mazry Nasir yang berasal daripada Kota Kinabalu.

Pada Pilihanraya Umum 2004, PKR meletakkan Amir Bak Laja berasal daripada Semporna dan Calon Parlimen, Pg Roslan Pg Nasrun berasal daripada Sukau (Calon ini telah dibeli dan melompat ke parti UMNO).

Pilihanraya ke 12 (2008) Calon DUN Sekong, Datuk Nahalan Damsal pernah mewakili UMNO sebagai wakil rakyat tetapi dipilih dalam PKR menjadi calon dan beliau ini telah gagal ketika dalam UMNO untuk mewakili rakyat dan kaumnya di DUN Sekong, walaupun beliau berasal daripada kawasan DUN Karamunting.

Kini tahun 2010 satu keajaiban berlaku di Batu Sapi dan apakah Angkatan Muda akan terus dilupakan PKR Pusat dengan meletak calon daripada luar sekali lagi dengan memperjudikan nasib rakyat yang tertindas semata-mata untuk menjaga hirarki parti?

Namun terserah kepada Ketua Cabang Batu Sapi, OKK Hassnar MP Ebrahim dan MPN serta PKR Pusat menentukan calon pada pilihanraya kecil dan sebagai ahli say patuh kepada apa juga keputusan; namun kami merayu sebelum pengumuman dibuat oleh PKR Pusat.

Pandangan dan sokongan saya ini berkisar kepada kronologi yang berlaku di kawasan Batu Sapi dan saya yakin PKR Pusat telah banyak belajar daripada petualangan yang berlaku dalam PKR Sabah setelah berjaya membersihkan parasit dan pembelot dalam parti; sewajarnya mendengar rintihan Angkatan Muda dan rakyat Batu Sapi.

Salam Hormat,

MUSLIMIN ARIP

1 comment:

  1. Kenyataan Datuk Patrick Sindhu kelmarin di DAILY EXPRESS:
    1. "Saya menyokong penuh apa yg dikatakan (oleh Yong) tentang Perjanjian Malaysia. Ini masa yg sesuai bagi Sabah & Sarawak utk menelitinya. Selama ini, terutamanya Sabah telah dipinggirkan, terkeluar dpd semua apa yg telah ditulis dalam perjanjian itu".
    2. "Selepas 47 tahun,... kita menyedari yg kita hanyalah sebuah negara baru yg dijajah oleh kuasa Malaya. Mereka melihat kita seolah olah hanya sebagai sebahagian dpd negara itu. Rakyat harus bangkit dan beri sokongan penuh".
    3. "Saya harap ia bukan gimik politik dan kita harap penduduk Sabah yg prihatin akan menulis petisyen kepada Ratu supaya perjanjian itu dipinda. Saya juga menggesa Sarawak melakukan perkara serupa".
    4. "Harus ada satu referendum utk membincangkan sama ada Sabah & Sarawak masih berminat (Untuk membentuk Malaysia) atau mahu mempunyai bahagian yg saksama".
    At last, ada juga pemimpin2 sabah yg bersuara tentang hal ini. Keep it Up.



    Saya berharap gelombang perubahan rakyat akan benar2 berlaku pada pilihanraya akan datang. Sokonglah SAPP ( Parti Maju Sabah )..kerana hanya parti ini saja yang lantang memperjuangkan hak rakyat Sabah tanpa takut dengan parti import ( BN / Pakatan Rakyat ).. Kita mahukan parti tempatan di Sabah menegakkan hak Sabah.



    anda boleh rasai sendiri gelombang suara rakyat yang inginkan perubahan di http://www.facebook.com/pages/1-Suara-Sabah/330360741939



    apa yang rakyat sabah mahukan daripada pemimpin SAPP, bahawa kata2 itu bukanlah sekadar retorik semata2..tapi buktikanlah dengan usaha anda berurusan sendiri dgn Ratu Elizabeth, Kerajaan British dan Mahkamah ICJ bagi memulihkan Perkara 20 dan hak Sabah



    hak sabah sebagai sebuah negara yang merdeka melalui British pada 31 Ogos 1963..hak sabah dalam sebuah Komanwel..hak sabah yang telah dirompak oleh penjajah Malaya


    RAKYAT SABAH BENCIKAN PEMIMPIN SABAH YANG MENJADI PAK TURUT PEMIMPIN SEMENANJUNG.. KAMI BENCI MEREKA YANG IBARAT KERBAU DICUCUK HIDUNG

    ReplyDelete