Saturday 30 October 2010

ANSARI TETAP INGIN DEBAT DENGAN YONG



CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah mendesak supaya satu debat diadakan dengan calon Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.

Katanya Yong yang juga Presiden SAPP dan bekas Ketua Menteri hanya membuat alasan bagi mengelakkan perdebatan apabila mendakwa bahawa beliau (Ansari) tidak mempunyai locus-standi untuk mewakili PKR kerana beliau hanya merupakan ketua parti bagi Tuaran.

"Debat itu bukan antara dua parti. Debat itu antara calon-calon (bagi pilihanraya 4 Nov). Jadi, saya harap Datuk Yong akan hadir untuk membentangkan kesnya agar penduduk Batu Sapi dapat menjadi hakim mengenai ketiga-tiga calon yang manakah pilihan terbaik bagi mereka," katanya kepada pemberita.

"Mungkin Datuk Yong memikirkan mengenai satu kes mahkamah membabitkan kami apabila saya mewakili (bekas Ketua Menteri Sabah) Datuk Harris (Salleh). Tapi anda boleh bagi tahu Yong, kali ini rakyat akan menjadi hakim dan ini bukanlah kes mahkamah.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi DAP Sabah Hiew King Chiu dan naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Pada Khamis, Yong berkata Ansari tidak mempunyai locus standi untuk berdebat dengannya tapi bersedia untuk berbuat demikian dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Ansari berkata debat dan syarahan perlu menjadi budaya di kalangan parti-parti politik dan penduduk Sabah.

Dengan menolak untuk berdebat, beliau berkata Yong nampaknya lebih suka berpatah balik kepada dunia politik di tahun 1960-an.

No comments:

Post a Comment