Friday 8 October 2010

BANDAR SRI INDAH TIADA MASJID



Saudara Pengarang,

Tolonglah siasat kenapa pemaju atau kerajaan tidak langsung memberi tapak untuk umat Islam mendirikan masjid atau tapak masjid di Bandar Sri Indah, Tawau sedangkan majoriti penduduknya beragama Islam.

Sikap tidak prihatin pemaju dan kerajaan dalam hal ini amat memalukan kerajaan 1Malaysia dan menghina umat Islam yang dinafikan hak mereka untuk mendapatkan sebuah rumah ibadah di sebuah Negara yang agama rsaminya Islam.

Saya mohon jasa baik Adun Balung agar insaf dan kembali ke pangkal jalan kerana beliau langsung tidak menghiraukan kebajikan umat Islam di sini.

Salam Hormat,

KUCAI

No comments:

Post a Comment