Sunday 31 October 2010

BN ‘UNDERCOVER’ DALAM PAKATAN?



Oleh: JACKSON LU

KEGHAIRAHAN dua pemimpin DAP Dr Hiew King Cheu dan Dr Edwin Bosi melakukan serangan politik bertubi-tubi ke atas calon SAPP Datuk Yong Teck Lee menyebabkan kedua-dua pemimpin itu terus terleka akan tanggung jawab mereka membantu calon PKR, Haji Ansari Abdullah yang terus dilanda masalah terjatuh ke laut sebanyak dua kali dalam musim PRK Batu Sapi ini.

Namun Hiew dan Bosi terus tidak mengendahkan masalah yang menghantui ‘Kuda’ mereka itu, sebaliknya mereka lebih berminat menfokuskan strategi buruk dan kebudak-budakan mereka ‘mengacau’ SAPP dan Yong (mungkin atas nasihat dan arahan pihak tertentu). Siapa tahu?

Kehadiran mereka di PRK Batu Sapi sebenarnya bukan untuk membantu melaksanakan tugas dan tanggung jawab bagi mempastikan kemenangan ‘Kuda’ mereka tetapi sebaliknya lebih terarah kepada tugas membantu BN secara ‘halus’ dari dalam kerana mereka juga sedar bahawa kemenangan ‘Kuda’ mereka dalam PRK Batu Sapi adalah tipis sekali.

Bagaimanapun gerak-geri mereka telah dapat dihidu dan senantiasa diperhatikan oleh rakyat dan pengundi Batu Sapi yang mengibaratkan mereka ini cuba menjual ilmu silat tetapi menunjukkan langkah silat yang ‘sudah sumbang’ dan mudah dipatahkan dan sedikitpun tidak menarik perhatian umum di Batu Sapi, malah masyarakat mula ‘meluat’ melihat gelagat mereka berdua.

Inikah jenis pemimpin yang rakyat harap-harapkan untuk meletakkan masa depan rakyat di landasan yang betul, apalagi untuk memperjuangkan hak asasi rakyat Sabah seperti perjuangan untuk mengembalikan kuasa autonomi Sabah, termasuklah mengembalikan Pulau Labuan sebagai hak Pentadbiran Sabah dan memperbetulkan pengagehan kekayaan sumber galian asli (Gas) kepada yang berpatutan.

Mungkinkah Hiew tidak faham rintihan rakyat Sabah terhadap ketidak adilan kuasa Kuala Lumpur ke atas Sabah selama ini atau Hiew sengaja buat tidak tahu kerana takut menyuarakan isu itu kerana DAP dan bossnya juga berasal dari Semenanjung sama dengan UMNO dan PAS.

Jika itulah salah satu dari penyebabnya, adalah lebih baik rakyat Sabah harus melupakan sahaja Hiew, Bosi dan DAP termasuk PKR dan PAS yang tergolong dalam PR, dan kemudiannya rakyat Sabah hanya perlu menfokuskan SAPP sebagai landasan perjuangan rakyat Sabah yang dikira lebih senang dalam perkiraan ‘matematik’ politik Sabah masakini.

Percaturan dalam PRK Parlimen Batu Sapi, SAPP tidak perlu memberi muka atau tersinggung sangat dengan ‘provokasi’ Hiew dan Bosi kerana tujuan dan misi kedua- dua pemimpin DAP berijazah Kedoktoran ini tidak lain dan tidak bukan sekadar menjadi ‘pengacau’ ibarat ‘Hantu Balan-Balan’ yang kempunan menghisap darah manusia’ tetapi juga boleh dilabelkan sebagai tokoh politik ‘murahan dan tidak beretika’.

Sebaliknya saya melihat kepimpinan SAPP cukup kemas dan berwawasan di bawah teraju mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee terus mendapat sambutan dan pujian rakyat pelbagai lapisan etnik dan keagamaan di Sabah dan kini hanya menunggu rakyat akan menobatkan beliau sebagai ‘wakil rakyat baru’ untuk Parlimen Batu Sapi dalam beberapa hari lagi berlandaskan sokongan rakyat Batu Sapi terus menyakini dan mendampingi beliau.

No comments:

Post a Comment