Monday 18 October 2010

BRINGING SERVICE TO THE PEOPLE!



ALBUM…..Gambar ramai-ramai Liew bersama penduduk Taman Mesra.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PROGRAM yang bertemakan ‘Bringing Service To The People’ anjuran Pejabat Ahli Parlimen Sandakan yang diadakan di perkarangan Blok 53, Lorong 3, Taman Mesra pagi kelmarin membawa pengertian besar kepada penduduk setempat di sini.

Sebagai pengisian program tersebut yang bermula dari jam 7.30 pagi hingga jam 12 tengahari itu pihak penganjur telah menyediakan enam kaunter. Antaranya ialah kaunter Aduan, kaunter Uji Darah Tinggi, kauter SPR Pengundi Baru 21 Ke atas kunter Jabatan Kesihatan (Ceramah Mencegah Denggi, kauter Bomba Demo memadam kebakaran dan acara menarik ialal senaman Tai Chi bersama rakyat yang diketuai oleh Datuk VK Liew Ahli Parlimen Sandakan.

ASYIKNYA….Liew sedang menari poco-poco bersama penduduk Taman Mesra.

Turut hadir pada program tersebut ialah ADUN Elopura Au Kam Wah, ahli-ahli komponen parti BN khususnya daripada MCA, PBS, UPKO, Gerakan dan UMNO Sandakan.

Semasa berucap di hadapan kira-kira 100 orang yang terdiri daripada penduduk Taman Mesra yang merupakan penyokong kuat BN, Liew merasa gembira kerana sambutan yang amat menggalakkan di luar jangkaan.

Katanya melalui program sebegini ialah menjurus kepada mengeratkan perpaduan di kalangan ahli-ahli BN khususnya kepada masyarat setempat di Taman Mesra ini sejajar konsep Gagasan 1 Malaysia.

Di soal oleh Wartawan Sabahkini.net mengenai siapa bakal calon pilihanraya kecil Parlimen kawasan Batu Sapi bagi mengantikan tempat mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah yang terlibat dalam nahas jalanraya, Liew berkata bahawa Jawatankuasa Barisan Nasional Sandakan telahpun bermesyuarat baru-baru ini yang dihadiri oleh semua ketua parti komponen BN bagi membincangkan siapa bakal calon BN di kawasan tersebut dan pihaknya akan mengirim satu memorandum kepada Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman.

Dalam pada itu, terdapat desas-desus yang boleh dipercayai kononya mantan ADUN Sungei Sibuga di era pemerintahan PBS, Datuk Thien Fui Yun bakal bertanding atas tiket BN bagi kuota PBS.

Pemilihan Thien ini mengundang ramai pemerhati politik atas pagar dan juga ahli BN memberi pelbagai pandangan berbeza. Majoritinya yang kurang setuju kerana beliau kurang berpendidikan dan tidak fasih berbahasa Melayu, bagaikan ayam belanda atau bagaikan itik surati ketika bercakap Inggeris.

Kata mereka lagi, Thien hanya layak di peringkat DUN sahaja, akan tetapi kalau di peringkat nasional beliau memang langsung tidak layak. Sekiranya Thien memang sekalipun,beliau tidak mampu berbahas di Parlimen; apatah lagi jika terpaksa menghadapi ahli parlimen daripada DAP, PAS dan PKR yang bukan calang-calang kerana kebanyakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berpendidikan tinggi.

Seandainya Presiden PBS, Datuk Pairin tetap memilih Thien kerana statusnya sebagai Naib Presiden dan calon paling sesuai untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi, ia merupakan satu tamparan hebat kepada Ketua Menteri Sabah dan parti komponen terpaksa bekerja keras untuk memenangkan calon BN.

Sementara itu, seperti biasa, PKR masih bercakaran sesama sendiri untuk menamakan diri mereka sebagai calon kerana Majlis Pimpinan Negeri dan Pemimpin Pakatan Rakyat membuat keputusan yang berbeza dan menyerahkan kepada PKR Pusat untuk membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment