Friday 15 October 2010

DEPUTY PUBLIC PROSECUTOR ATAU DIPOSTPONED?



Oleh: CHENG WAI LAM

KEWIBAWAAN Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara mula dipertikai setelah menunda perbicaraan kes yang melibatkan ‘The Untouchable Mr Underwear’ Michael Chia Tien Foh sebanyak tujuh kali.

“Hari ini diposponed lagi dengan alasan DPP Kevin Morrais missflight pagi ini,” ujar seorang saksi yang kesal kerana Jabatan Peguam Negara dan SPRM seolah-olah menghina mahkamah dan banyak membuang masa saksi hadir.

Kata saksi tersebut, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan DPP yang dilantik mengendalikan kes ini kerana mereka belum sempat memberi keterangan sejak perbicaraan bermula pada 4 September 2009.

“Kami semua tujuh orang yang disapena menjadi saksi, tetapi sampai sekarang kami belum beri keterangan tetapi kena datang dan banyak buang masa. Apakah DPP fikir kami ini kaya dan tiada kerja lain mahu buat?,” ujar seorang saksi lagi yang bimbang akan dikeluarkan waran tangkap jika beliau tidak hadir ke mahkamah.

Dalam pada itu, diperhatikan bahawa Hakim yang mengendalikan kes berkenaan, Elsie Primus, kelihatan agak berang kepada Pegawai SPRM kerana kes tersebut mendapat perhatian ramai disebabkan pihak atasan kehakiman mula mempersoalkan kecekapan dan fungsi mahkamah.

Menurut seorang saksi lagi, pada 13 September 2010, Kevin ada memfailkan permohonan untuk menarik balik kes berkenaan kerana saksi pertama, Chong Siak Nyen telah beberapa kali mengubah kenyataannya.

“Mujur juga Hakim kes ini berpandangan jauh dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena kenapa kes penting ini tiba-tiba mahu digugurkan. Hakim meminta untuk melihat semua kenyataan Chong yang telah diubah sebelum membuat keputusan,” ujar saksi berkenaan yang meminta nama mereka dirahsiakan kerana bimbang menjadi target semua konspirator dalam kes berkenaan.

Dalam pada itu, Krew Sabahkini.net yang sebelum ini mengikuti perbicaraan kes berkenaan curiga dengan sikap Kevin dan pegawai SPRM menaiki kenderaan Lue Sue Seng yang merupakan proksi Michael Chia Tien Foh sedangkan SPRM telah menyediakan kenderaan untuk kegunaan Kevin dan staff SPRM yang lain.

“Kita bimbang Michael Chia sudah beli DPP. Tapi kita harap perkara ini tidak berlaku sekalipun secara terang-terang Kevin berani menaiki kenderaan yang dipandu Lue Sue Seng yang merupakan orang Kuat Ketua Menteri Sabah. Apa dia buat di mahkamah? Apa kaitan dia dengan Kevin?,” lapor Krew Sabahkini.net.

Sebelum ini kata Krew Sabahkini.net yang ditugaskan memantau kes berkenaan, Michael Chia diseludup keluar daripada mahkamah melalui laluan hakim dengan kerjasama seorang polis berpangkat Inspektor bagi mengelak gambarnya dirakam tiga jurugambar Sabahkini.net yang menanti di pintu utama mahkamah.

Kata Krew itu lagi, 5 Oktober lalu, dR.Hashim Lim Abdullah telah berjanji kepada 'The Untouchable' Michael Chia bahawa kes rasuahnya akan digugurkan dan kemungkinan ketidak hadiran Kevin pada hari ini ada kena mengena dengan janji dR.Hashim dan menjadikan alasan ketinggalan kapal terbang sebagai escapism?

Mujur Kevin DPP, jika tidak mungkin Mahkamah mengeluarkan waran tangkap atas tuduhan menghina mahkamah kerana sepatutnya beliau hadir petang kelmarin dan tidak menunggu saat akhir?

“Kalau statement boleh diubah beberapa kali, maka kerajaan boleh tutup penjara dan jadikan rumah rehat. SPRM pun patut dibubar dan kerja berkenaan boleh dijalankan polis dan tentera,” ujar salah seorang saksi yang jengkel dengan sikap DPP yang tidak professional.

Menurut saksi tersebut, hari ini merupakan penangguhan kali ketujuh kes berkenaan iaitu pada 18 Ogos 2009, 03 September 2010, 18 Mac 2010, 03 Mei 2010, 20 Ogos 2010, 13 September 2010 dan 6 Oktober 2010.

Dalam pada itu, ketika sebutan semula kes pada 1 Oktober 2009, kedua-dua tertuduh, Lo Man Heng dan Michael Chia tidak mengaku salah dan perbicaraan akan dimulakan pada Januari 2010.

Berikut adalah kertas pertuduhan terhadap Michael Chia dan Lo Man Heng;

BAHAWA kamu, dengan niat, pada Jun 2004 bertempat di daerah Sandakan, Sabah, telah menipu seorang, Chong Siak Nyen daripada Syarikat Peluamas Sdn.Bhd dengan meyakinkan beliau mempercayai bahawa tiga perkara perlu disediakan sebelum mendapat surat kelulusan berhubung operasi pembalakan di Coupe BW12/02: Mengeluarkan dan Membeli Balak Komersil daripada Hutan Simpan Kabalakan, Sabah, iaitu;

1) Menyerahkan kembali pembelian 100,000 meter padu balak yang telah dimaterai pada 25 Mei 2004 kepada Rakyat Berjaya Sdn.Bhd/Innoprise Corporation Sdn.Bhd, syarikat subsidiari Yayasan Sabah sebagai 'write off';

2) Membayar RM3 Juta untuk Tabung Politik UMNO Sabah, dan;

3) Membayar komisyen RM25 bagi satu meter padu sebagai caj asas bagi semua balak yang dikeluarkan oleh Syarikat Peluamas Sdn.Bhd daripada Hutan Simpan Gunung Rara (Benta Wawasan).

DAN bahawasanya kamu secara tidak jujur telah menipu Chong Siak Nyen dengan menyerahkan Surat Kuasa bertarikh 22 Jun 2004 yang telah diberikan untuk membeli 100,000 meter padu balak kepada syarikat yang dimiliki UMNO Sabah, membayar RM1 juta kepada Tabung Politik UMNO Sabah dan komisyen RM2.2 juta kepada Lo Man Heng seperti berikut;

01) 22 September 2004 RM100,000

02) 10 Disember 2004 RM 20,000

03) 10 Disember 2004 RM 10,000

04) 14 Disember 2004 RM 400,000

05) 11 Mac 2005 RM 100,000

06) 16 Mac 2005 RM 80,000

07) 22 Mac 2005 RM 100,000

08) 23 Mac 2005 RM 100,000

09) 18 April 2005 RM 40,000

10) 13 Mei 2005 RM 80,000

11) 14 Mei 2005 RM 60,000

12) 01 Julai 2005 RM 20,000

13) 13 Julai 2005 RM 50,000

14) 21 Julai 2005 RM 150,000

15) 29 Julai 2005 RM 100,000

16) 09 Ogos 2005 RM 150,000

17) 15 September 2005 RM 450,000

18) 15 November 2005 RM 150,000

19) 16 November 2005 RM 25,000

20) 24 November 2005 RM 15,000

Bahawasanya Chong Siak Nyen tidak akan menyerahkan Surat Kuasa dan wang yang dinyatakan di atas, jika dia mengetahui dan sehubungan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksesaan.

Hukuman: Penjara tidak lebih satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat dan juga denda.

Sebelum ini, Anthony Kevin Morais telah menimbulkan ketegangan dalam kes perbicaraan Rosli Dahlan apabila membuat kenyataan bercanggah dengan kenyataan sebelumnya sehingga dikritik hebat di beberapa blog dan akhbar.

Sehubungan itu, ramai saksi mendesak agar Jabatan Peguam Negara dan SPRM menggantikan Kelvin dengan DPP lain kerana hubungan erat Kelvin dengan Lue Sue Seng dan Michael Chia boleh menghakis integriti dan kredibiliti mahkamah.

No comments:

Post a Comment