Sunday 10 October 2010

DI MANAKAH DUIT ANAK SABAH?



Saudara Pengarang,

TERUSKAN perjuangan anak Sabah yang masih merindui zaman pemerintahan USNO kerana ketika itu rakyat tidak susah hati. Kebajikan dan keselamatan dijaga. Namun setelah UMNO masuk, semuanya hancur berkecai semua hak kebajikan kita.

Di manakah duit anak Sabah? Dahulu semua percuma. Masuk BN, sirna semua. Janji tinggal janji. Bukan kami membenci UMNO tetapi sebagai generasi yang pernah merasa kesenangan dari pemerintahan sebelum UMNO, amat kesal dan benci dengan pemerintah Sabah sekarang yang buta tuli dengan pangkat dan harta sampai melupakan rakyat sendiri.

Mereka juga pernah merasa kebajikan dahulu tetapi kenapa tidak diperjuangkan sampai negeri kita menjadi yang termiskin selepas Kelantan. Negeri yang ke 13 paling miskin di Malaysia sedangkan hasil yang banyak entah ke mana.

Bangunlah generasi muda, buka mata, ayuh kita perjuangkan hak kita!

Salam Hormat,

MD BARAHIM

No comments:

Post a Comment