Wednesday 13 October 2010

DITIPU OLEH PIHAK SESB SEMPORNA?



Saudara Pengarang,

SAYA telah mendapat surat amaran dari SESB mengatakan bahawa saya tidak membayar bil tertunggak sebanyak RM170.

Saya telah pergi ke SESB Semporna bagi merujuk surat amaran tersebut kerana bil tertunggak RM170.00 (4 bulan) itu tidak setimpal dengan penggunaan elektrik saya yang hanya menggunakan lampu, kipas dan laptop.

Bekalan elektrik ke rumah sewa saya telah dipotong dan fius telah dicabut bagi tujuan pemotongan bekalan elektrik.

Setelah diperiksa buat kali kedua, SESB telah mengaku membuat kesilapan semasa membaca meter elektrik, tetapi mereka tetap mengenakan caj RM55 untuk bayaran penggantian fius yang telah dicabut.

Saya tidak berpuas hati kerana terpaksa membayar atas kesilapan pihak SESB. Mereka telah melakukan kecuaian semasa membaca meter dan saya dipaksa membayar RM55 atas kesilapan mereka sendiri.

Apabila saya meminta pekerja SESB menunjukkan bil sepanjang empat bulan terkini, kerana saya tidak pernah menerima apa-apa bil sepanjang empat bulan terkini, pekerja SESB itu menjawab, dia tidak dapat berbuat demikian kerana bil saya telah terhapus?

Mohon kerjasama tuan untuk menyiarkan surat aduan ini agar ibu pejabat SESB dapat menyiasat dan tidak terus menindas rakyat miskin di Semporna.

Salam Hormat,

MARDIANY BINTI DIGONG

Taman Nilam,

Semporna, Sabah.

No comments:

Post a Comment