Monday 25 October 2010

EX-USNO IKRAR SOKONG PEMBANGKANG



Oleh: DATU BADARUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA

Assalamualaikum wbkth,

SELARAS dengan prinsip Perjuangan USNO, “Berjuang Tetap Berjuang“, kami tidak pernah lari dari perjuangan ini, untuk membela nasib Bangsa, Agama dan Negara khasnya berpaksikan matlamat untuk melindungi kepentingan ahli-ahli USNO, Generasinya, serta Rakyat Sabah keseluruhannya.

Sejarah telah membuktikan bahawa USNO, Parti Kermerdekaan Sabah Pimpinan Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha telah berjaya membebaskan kita dari belenggu penjajahan sejak 50 tahun dahulu. USNO adalah peneraju Kemerdekaan yang mewakili rakyat Sabah dalam perundingan kemerdekaan kita, serta mengariskan syarat penyertaan kita untuk bersama menubuhkan Persekutuan Malaysia.

Pra-syarat Perjanjian Perkara 20 Atau 20 Point yang digariskan oleh USNO Pimpinan Tun Datu Haji Mustapha telah dikemukakan kepada British dan IGC bagi melindungi Hak dan Kepentingan Rakyat Sabah dalam Persekutuan Malaysia hendaklah dimasukan sebagai sebahagian Dari Perjanjian Malaysia.

Parti Kemerdekaan ini telah berbuat demikian semata-mata kerana ingin melindungi masa depan Rakyat Sabah di dalam persekutuan Malaysia, USNO bukanlah Parti yang ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan Kuasa, Harta Dan Perkauman, tetapi tertubuhnya USNO pada 23 Desember 1961 adalah untuk melindungi Kepentingan Rakyat Sabah dan Kepentingan Bumiputera Sabah dan yang lebih penting Kestabilan Politik Negara Malaysia.

Pembubaran USNO secara teknikal ini tidak semesti menjadikan alasan bahawa rakyat Bumiputera Sabah , mantan ahli USNO , Generasi Muda Sabah, Anak-anak tidak boleh mendaftarkan USNO semula sebagai NGO atau Parti Politik yang mewakili mereka demi masa depan generasi muda Sabah. Apa lagi jika Penubuhannya ditolak tanpa sebab dan alasan Oleh Pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

USNO adalah Lambang Pembebasan Rakyat Sabah dari belenggu Penjajahan Kapitalisme, Kolonialisme dan Neo-Kolonialisme yang seharusnya kekal menjadi pelindung kepentingan generasi muda anak-anak Sabah masa kini dan masa akan datang.

Kepentingan menghidupkan semula USNO samalah juga ertinya ‘Menjaga Kepentingan Kemerdekaan Sabah’ Di dalam Persekutuan Malaysia kerana kami yakin USNO akan bertindak sebagai pelindung kepentingan Rakyat Sabah dan bukan sebagai Parti Politik yang hanya berpesta di setiap pilihanraya dan selepas itu berkuasa dan berpoya-poya.

Kami telah berusaha untuk menubuhkan Kelab USNO Sabah secara serius dan teratur dalam bentuk NGO, Kami telah melantik Penal Guaman untuk meneliti Pendaftaran NGO USNO. Kami telah menubuhkan Jawatankuasa Undang-Undang tubuh Persatuan, Kami telah menemui Perdana Menteri Malaysia. Kami telah menemui Ketua Menteri Sabah bagi menerangkan hasrat dan tujuan NGO USNO tanpa mengganggu kepentingan Politik UMNO di Negeri Sabah, bahkan memberikan sokongan terbuka kepada Kerajaan Barisan Nasional BN bagi mengelakan syak wasangka, sekian lama usaha telah dibuat secara diplomasi, perundingan di peringkat atasan sehingga ke Perdana Menteri Malaysia, Ibu Pejabat Pendaftar Pertubuhhan di Putrajaya dan juga perundingan dengan ketua eklusif Negeri bagi memberi laluan kepada NGO USNO diluluskan oleh pihak berkuasa kerajaan Pimpinan Barisan Nasional.

Usaha juga telah dilakukan oleh pihak Ex-USNO untuk turun padang pasa 2007/2008 bagi meninjau hasrat bekas ahli USNO yang ingin melihat USNO wujud semula dalam bentuk NGO, hasilnya kami telah menubuhkan wakil-wakil USNO di 25 Parlimen di Sabah, 60 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dapat mengumpul antara 200- 3,000 ahli bagi membuktikan bahawa USNO terus raleven untuk menjaga kepentingan mereka di seluruh Sabah.

Namun semua usaha ini sia-sia setelah kami menerima penolakan pendaftarannya pada 26 Februari 2009 melalui satu surat dari Pendaftar Pertubuhan bertarikh 24 Jun 2008, Bil : PPM/SBH 1880 / 07 (1) yang ditanda tangani sendiri oleh Ketua Pengarah ROS Dato Haji Mohd. Alias Bin Kalil, tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Rayuan demi rayuan telah dipinta kepada kepada mereka yang bergelar Pelindung perjuangan Bangsa, Agama dan Negara, namun semuanya tidak berhasil; seolah-olah kebebasan untuk berpersatuan telah mati, sistem Demokrasi telah mati. Manakala Parti Kemerdeaan Rakyat Sabah sengaja dimatikan oleh pihak berkuasa kerana dihantui oleh Sindrom Takut Dengan Nama Usno, Fobia dengan laungan USNO, Gentar dengan sokongan yang diterima oleh USNO dari akar umbi.

Jesteru itu kami dari Kelab USNO Sabah telah membuat ketetapan pada Mesyuarat AJK Penaja EX-USNO kali ke 12, pada 24 Oktober 2010, selaras dengan kehendak bekas ahli-ahli USNO untuk ‘Mentranfomasikan Usno Ke arah Pembangkang’; maka hari ini kami ingin ucapkan “Sayonara” kepada Barisan Nasional.

Kami bersiap sedia mengadakan kerjasama dengan PAKATAN RAKYAT di peringkat Persekutuan sementara di peringkat Negeri kami juga telah membuat keputusan untuk mengadakan ‘Joint-Force’ dengan parti-parti Tempatan dari Sabah seperti SAPP dan beberapa parti di Negeri ini bagi menghadapi Pilihanraya umum PRU-13; di samping itu kami akan memberikan kerjasama kepada wakil Pakatan Peringkat Negeri Sabah.

Kepada Kumpulan yang berhasrat menghidupkan USNO dalam bentuk Parti Politik, kami menyarankan supaya melupakan hasrat itu sementara waktu, kerana kami melihat hasrat dan tujuan murni tuan-tuan akan sia sia sehaja seperti mana yang kami lalui bertahun-tahun berhadapan dengan pihak yang mempunyai ‘Sindrom Takut, Gentar Dan Fobia Terhadap Nama Usno.’

Marilah kita semua Rakyat Sabah, mantan USNO, Parti USNO 2006 & 2008, Generasi muda USNO, Pemuda Pemudi Sabah, Bangunlah. Ubahlah haluan Ke arah TRANFOMASI bersama USNO yang lebih aggresif menghadapi Pilihanraya PRU13 akan datang bersama Pasukan Pembangkang.

Bagi maksud Pilihanraya kecil Batu Sapi Sabah, yang akan diadakan 4 November 2010, Ex-USNO Sabah menyeruh supaya semua ahlinya, semua Bekas USNO yang berada dalam UMNO di kawasan berkenaan supaya mengubah haluan memberikan undi dan sokongan kepada Calon Parti Pembangkang demi nama Usno ke arah Tranformasi Politik Usno.

Berjuang Tetap Berjuang!

(NOTA: Datu Badaruddin Bin Tun Datu Haji Mustapha ialah Presiden Penaja NGO EX-USNO Sabah)

No comments:

Post a Comment