Saturday 2 October 2010

HOSPITAL LAMA LD KURANG DOKTOR?



Saudara Pengarang,

SALAM buat Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan Pegawai Yang Mentadbir Hospital Lama Lahad Datu, Sabah. Sukacita saya mewakili wargapesakit yang selalu mendapatkan rawatan di tempat tuan merayu, memohon agar ditambahkan doktor sekurang-kurangnya 5 orang untuk memeriksa pesakit.

Tahniah dan syabas kepada Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di klinik tersebut menjalankan tugas dengan baik dan dedikasi. Saya melihat ada keperluan agar pegawai perubatan yang baik budibahasa diletakkan di bahagian pemeriksaan pesakit.

Kedatangan pesakit bertambah ramai dan perlu ada paradigma yang jitu dari pihak kesihatan agar menambahbaik perkhidmatan sedia ada. Saya pesara guru yang menghidapi HPT, DM selalu datang ke hospital lama.

Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Dresser hospital lama, terima kasih pada beliau kerana banyak buat perubahan. Kami merayu pada Pengarah Perubatan agar menambah pegawai perubatan sedia ada di bahagian pesakit luar.

Minta pegawai, dresser perubatan yang baik-baik sahaja yang diletakkan di bahagian pemeriksaan.

Salam hormat daripada Pesara kerajaan,

ULUN KITO

Sepagaya, Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment