Friday 1 October 2010

JANJI PALSU PROJEK TELIPOK RIA




Saudara Pengarang,

SAYA salah seorang pembeli Telipok Ria Apartment di Jalan Tuaran. Semasa membeli, apa yang dijanjikan, projek apartment itu akan disiapkan pada disember 2009. Namun janji hanya tinggal janji kerana sehingga kini semua pembeli masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya, bilakah SPNB akan menyerahkan kunci oleh kepada semua pembeli.

Apabila pihak SPNB dihubungi, mereka mengatakan awal tahun 2011 akan ada majlis penyerahan kunci. Adakah itu tepat dan mungkin akan dilanjutkan sehingga ke hujung tahun 2011?

Kami ingin penjelasan, mengapa projek itu dilambat-lambatkan, sedangkan sepatutnya siap pada hujung tahun 2009. Siapa yang harus dipersalahkan?

SPNBkah silap atau kami yang silap memilih YB?

Salam Hormat,

PET

No comments:

Post a Comment