Monday 25 October 2010

KARIM GHANI BANTU CALON PR BATU SAPI



Oleh: FAIZAL OKADAU

PENGASAS UMNO Sabah, Datuk Karim Ghani yang baru mengistiharkan keluar dari UMNO telah menyatakan komitmennya untuk bersama-sama Pakatan Rakyat, khususnya dalam usaha Pakatan Rakyat merampas parlimen Batu Sapi bagi memberi signal kepada Barisan Nasional bahawa rakyat muak dengan kecurangan BN mengurus harta dan khazanah negara.

Karim juga turut menjelaskan tiga sebab besar kenapa beliau meninggalkan UMNO dan BN. Kesediaan Pakatan Rakyat untuk memberi kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak, tuntutan 20 % royalti minyak dan ruang untuk menghidupkan kembali USNO, menjadi agenda beliau berjuang bersama Pakatan Rakyat.

"Kita mesti bersama Pakatan Rakyat untuk mengembalikan maruah rakyat Sabah yang tidak mendapat hak yang sepatutnya daripada Barisan Nasional, tunaikan kewajipan dan buktikan kuasa rakyat dalam PRK Batu Sapi 04 November ini," desak Datuk Karim ketika berucap di hadapan kira-kira 3, 000 peserta seminar Isu Tanah Rakyat Sabah anjuran Badan Perhubungan PAS Sabah dan Lajnah Tanah dan Peneroka PAS Malaysia di dewan Hakka, Sandakan.

Karim juga turut menggesa pengundi Batu Sapi mencontohi pengundi Kelantan yang berkhalifahkan seorang ahli politik yang bijak dan warak seperti Tuan Guru Nik Aziz yang menerima duit-duit yang diberikan BN tetapi undi mereka tetap untuk Pakatan Rakyat. Gesaan beliau mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Karim juga menyatakan peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam PRK ini cukup besar berdasarkan situasi semasa dan desakan perubahan rakyat Sabah terutama dalam kes rampasan tanah rakyat. Beliau memberi keyakinan hanya Pakatan Rakyat yang berupaya merealisasikan hasrat dan cita-cita rakyat Sabah.

Pengundi Batu Sapi diharapkan tidak mengsia-siakan undi mereka dengan melakukan kesilapan mengundi calon lain selain calon Pakatan Rakyat terutama SAPP dan calon bebas. Apalah yang mampu dilakukan oleh sebuah parti tempatan seperti SAPP yang pernah memerintah dan menjadi Ketua Menteri Sabah? Demikian juga calon-calon bebas yang tidak jelas arah tujunya untuk merubah langskap politik Sabah dan Malaysia.

Karim menyokong penuh pemilihan calon Pakatan Rakyat, seorang peguam yang juga bekas Ketua Perhubungan PKR Sabah, Hj Ansari Abdullah sebagai calon pilihan PR untuk berkhidmat kepada pengundi parlimen Batu Sapi yang memerlukan pembelaan.

No comments:

Post a Comment