Sunday 31 October 2010

KISAH AL-HIKAYAT SAPI SAKTI



Saudara Pengarang,

PADA suatu ketika dahulu, terdapat seekor Sapi Sakti yang berkaki tiga sahaja. Sapi Sakti ini mempunyai ramai anak-anak Sapi yang comel, ada orang yang panggil ‘Too Chye’ (cutenya) dan perlu belai kasihan serta disayangi.

Sapi Sakti yang bakal menjadi tumpuan warga sedunia ini direbut antara tiga Putera Gagah yang masing-masing ingin menjadi Penunggang Tunggalnya (ada orang yang mungkin menggelarnya sebagai ‘Driver’s Seat’).

Siapakah agaknya yang bakal memenangi hak sebagai ‘Penunggang Tunggal’ Sapi Sakti ini? Jawapannya, hanyalah Allah Maha Berkuasa yang tahu. Yang pastinya, sesiapa yang Berjaya memikat hati ‘Anak-Anak’ Sapi comel ini, maka dialah pemenangnya.

Bagaimana mahu memikat hati anak-anak Sapi? Keikhlasan hati telus serta akal yang bijaksana akan memimpin mana-mana ‘Putera’ (rujuk kepada tiga parti, bukan individu) dalam cara yang sepatutnya. Para ‘Putera’ harus ingat bahawa Allah Maha Berkuasa sedang memerhati kesemua tindak-tanduk, cara-cara yang digunakan.

Pada hemat rendah diri saya, Tuhan ini, sepertilah seorang ayah yang tegas dalam disiplin; atau seorang yang maha mengasihi dan sedia memaafkan; atau seorang yang memberi kebebasan untuk kita mencuba apa yang kita hendak; sehinggalah kita belajar dari sesuatu kesilapan dan dengan sendiri setelah melalui jalan yang berliku-liku.

Ada baiknya jika kesemua anak-anak Sapi ini diberi peluang untuk mengundi dalam sistem yang adil dan saksama. Undian sebaik-baiknya hendaklah dilakukan secara ‘Sulit’ (betul-betul ‘Private and Confidential’). Akan tetapi, ada ura-ura mengatakan bahawa sesetengah anak-anak Sapi ini, tidak layak mengundi kerana mereka memperoleh Haknya secara tidak halal dan salah di sisi undang-undang pada masa dulu.

Jadi, apa yang patut dilakukan? Ada baiknya jika sesiapa yang datang mengundi itu kelak diberi peluang untuk mengakui ‘kesilapan’ ini. Sesiapa yang insaf dan mengakui kesilapan sendiri patut dimaaf atau diampunkan, kemudiannya diberi peluang untuk mengundi kerana anak Sapi ini telah menetap dengan ‘Sapi Sakti’ untuk sekian lama.

Asalkan mereka jujur mencari makan, rajin bekerja, maka mereka harus diberi peluang juga. Usah risau dengan kemampuan untuk menyara hidup mereka kerana bumi Sapi Sakti ini dikasihi Allah. Bukankah nenek moyang kebanyakan diri kita asalnya ‘pendatang’ seperti mereka juga?

Sesiapa yang tidak insaf, masih hendak lari dari fakta, kenyataan, kita biarkan dulu, tetapi besar kemungkinan ‘anak Sapi’ sedemikian, jika ditangkap kelak mungkin tiada maaf atau ampun lagi, mereka akan dihantar balik ke tempat asal mereka.

Ini cuma buah fikiran saya. Kesemua pihak yang terlibat, saya harap, akan bincang untuk mencapai kata sepakat dengan semangat muafakat. Timbanglah nilai-nilai murni (‘let us be gentle and kind, no aggression, injustice, emphasize on Balance, equity, gratefulness’).

Tiada seorang pun antara kita yang lebih hebat dari yang lain. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? (‘None of us are better than the other, Sinners should have no excuses, we all will have to answer to God for our sins’). Jadi, hentikanlah Perbalahan.

Percaya, yakin pada Allah yang Maha Berkuasa. (‘Have Trust, Confidence in God to forgive us, to make right with Him and let Him empower us to live the way he taught us.’)

Salam Hormat,

PENGUTUS SAPI SAKTI

No comments:

Post a Comment