Tuesday 12 October 2010

KONTRAKTOR TERKOREK 4 KABEL DI LAHAD DATU



Oleh: CHENDRAMATA HJ SINTEH

EMPAT (4) kabel bawah tanah (underground cable) SESB di Jalan Silam telah rosak selepas kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) terkorek kabel tersebut semasa menjalankan kerja-kerja bagi projek jalan dua (2) hala Silam - Tawau.

Kejadian ini juga telah mengakibatkan gangguan bekalan elektrik kepada lebih kurang 3,000 orang pengguna di sekitar Jalan Silam bermula pada jam 9.32 pagi tadi. (12 Oktober 2010).

Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan ini adalah kawasan sepanjang Jalan Silam, PGA dan juga kawasan sekitar.

Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 10.30 pagi pada hari yang sama. Pihak SESB juga memohon kerjasama semua agensi/jabatan pemula untuk memastikan kontraktor mereka mengelak daripada merosakkan infrastruktur seperti ini di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment