Monday 4 October 2010

KUBU UMNO/BN DI TENOM MULA REPUT



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

KEPIMPINAN Cabang PKR Tenom meneruskan misi kempen menambah keanggotaan PKR Cabang Tenom. Hari ini bertempat di Kg Lalandang Enubai Tenom di kediaman Tangian dan mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk kampung, sedangkan pilihanraya masih jauh.

Kata Tangian (Tuan Rumah), bahawa mereka yang tinggal di kampung ini rata-rata menolak UMNO dan BN kerana kami sudah jemu dengan janji-janji BN selama 47 tahun dan maka kerana itulah mereka memilih PKR.

Penduduk kampung tersebut yang hadir bersama orang ramai yang ingin menyertai PKR Tenom menandakan keinginan rakyat Tenom untuk melakukan perubahan pentadbiran Kerajaan.

Selaku Ketua Cabang, Halik Zaman mengalu-alukan kehadiran rakyat Sabah yang begitu berminat untuk menganggotai PKR Tenom dan sempat menyuntik semangat dengan memberikan rangsangan dan kefahaman mengenai hala-tuju dan motif perjuangan PKR yang lebih menitik-beratkan kebajikan rakyat dari kepentingan diri sendiri.

“Berubahlah sekarang kalau tidak, bila lagi kita mahu merubah penghidupann anak cucu kita,” kata Halik Zaman.

Turut hadir di perjumpaan ini ialah Hj Razali Danis yang turut menyumbangkan buah fikirannya kepada hadirin yang berpandangan betapa perlunya rakyat untuk berubah bagi memperbaiki kehidupan rakyat Tenom terutamanya bagi penduduk di pedalaman.

No comments:

Post a Comment