Sunday 24 October 2010

KURUP JEJAK FAST TRACK AGROPOLITAN



MOMENTO….Kurup bersama ahli-ahli K3 Daerah Kecil Pagalungan sebagai momento lawatan beliau.

Oleh: ROZIE JUMAT

Agenda utama Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di kawasan pedalaman khususnya di kawasan Pensiangan adalah untuk membasmi kemiskinan. Oleh sebab itulah parti itu telah merangka pelan perancangan (Blue Print) kerana pelbagai usaha telah dan dirancang untuk tujuan tersebut.

Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup berkata, usaha PBRS untuk membasmi kemiskinan di kawasan luar Bandar adalah agenda utamanya, dimana diantara projek yang bakal dilaksana di kawasan itu yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan ialah projek agropolitan di Sumatalun dan projek Fast Track.

“PBRS dan BN di kawasan ini mempunyai pelan jangka tindakan 5 tahun yang kita rancang dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) untuk membasmi kemiskinan dan pembangunan di kawasan ini “ kata Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Dialog K3 Mukim Pensiangan dan Mukim Pegalungan di Balai Budaya, Pekan Pagalungan, Daerah Kecil Pagalungan di Nabawan. Turut hadir sama Pegawai Daerah, Bubudan Majalu; Penolong Pegawai Daerah, Sukiang Esing; Ketua Pemuda PBRS Pusat, Vincent Lee dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBRS, Empir Andingos yang juga Timbalan Ketua Penerangan PBRS N.38 Nabawan.

Kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, PBRS telah menekankan kepada pimpinan kerajaan pusat dan negeri bahawa, kawasan ini harus diberi tumpuan dalam memastikan usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan mencapai sasarannya.

“Saya mempunyai keyakinan kita mampu mengubah dan membuat pembaharuan,” ujar Kurup. Dimana kata Kurup agenda pembangunan pembasmian kemiskinan itu terdiri dari perancangan jangka panjang dengan pendekatan yang mengubah taraf hidup rakyat.

Beliau turut memuji sokongan rakyat di kawasan itu terhadap projek agropolitan dan Fast Track yang bakal dilaksana tidak lama lagi.

“Dengan sokongan berterusan dari rakyat di kawasan ini, kita akan berubah. Jika kita tidak faham sesuatu isu, kita akan selesaikannya” kata Kurup. Beliau seterusnya menyeru agar parti itu terus menambah keahlian di kawasan itu.

“Kesungguhan perjuangan parti ini wajar bagi kita untuk menambah keahlian,” kata Kurup.

Semasa lawatan beliau ke kawasan itu, Kurup turut menyampaikan simbolik penyerahan kunci rumah Program Bantuan Rumah (PBR) kepada 40 penerima, membuat lawatan ke Kg. Sumaralang yang menghadapi ancaman hakisan serta melawat sebuah jambatan besi di Kg.Silungai disertai oleh pengerusi JKKK masing-masing.

Sementara itu seorang penduduk, Sakampung Dawalis berkata, mereka mempunyai sokongan dan keyakinan yang tinggi terhadap presiden PBRS untuk terus menerajui Pensiangan di peringkat persekutuan.

“Kami melihat banyak projek pembangunan diberikan oleh wakil rakyat Parlimen kami, dan kami mahu itu berterusan, dengan adanya hubungan baik pemimpin kami dengan pemimpin atasan BN akan memberi manfaat kepada rakyat di kawasan ulu seperti Pensiangan ,” kata Dawalis yang juga Pengerusi JKKK Kg.Sinikauluan.

No comments:

Post a Comment