Monday 4 October 2010

LAGI TAMPARAN UNTUK UMNO/BN TENOM



KUNJUNGAN kali kedua kepimpinan Cabang Tenom ke Kg Masanoi, Kemabong untuk menerima kemasukan keanggotaan baru telah mendapat sambutan luar biasa terutamanya muda menunjukkan mereka tidak takut gertakan Ketua Kampung dan JKKKK di kampung berkenaan.

Menurut Ketua Cabang PKR Tenom, Datuk Halik Zaman, beliau hanya melaksanakan tugasnya yang diamanahkan oleh ahli-ahli PKR Cabang Tenom baru-baru ini dan sangat mengalu-alukan kemasukan golongan pelapis PKR yang menjadi generasi penentu politik Sabah di masa hadapan.

Halik Zaman yang tidak pernah kenal penat dan lelah terus mendekati rakyat turun padang dan memberi penerangan kepada rakyat berhubung kepincangan kepimpinan UMNO/BN di daerah Tenom.

Para pemimpin BN Tenom berada dalam arena politik Tenom 'bukan untuk rakyat tapi mereka muncul berlumba lumba untuk menjadi pemimpin projek peribadi sahaja'.

Menjawab satu pertanyaan wartawan, Halik berkata, "Saya tidak layan pada mereka yang hanya tahu cakap dan tulis mengkritik saya kerana saya tahu 'lautan mana yang tidak berombak dan hutan mana yang tidak bernyamuk?”

"Kekecohan yang berlaku di Tenom dan beberapa kawasan di Semenanjung dalam pemilihan baru-baru ini adalah perkara biasa, malah dalam parti komponen BN seperti MIC lebih teruk lagi sehingga mengakibatkan pergaduhan yang lebih besar. Itu bukan perkara yang baru di setiap pemilihan, tidak kira mana parti politik malah parti UMNO/BN pun lebih hebat pergaduhan yang pernah berlaku di setiap proses pemilihan."

Bezanya kata Halik, segala media elektronik dan media cetak arus perdana di kawal oleh BN, maka segala berita ditapis sebaik mungkin agar rakyat tidak dapat hidu kepincangan mereka.

Rombongan Ketua Cabang PKR Tenom terus berkerja kuat mendapatkan ahli-ahli baru di setiap kampung yang dilawati sehingga memberikan satu pukulan hebat kepada UMNO/BN kerana ditolak rakyat ketika masih berkuasa.

Para pemimpin UMNO/BN kini diibaratkan berpaut di dahan yang amat rapuh kerana setiap ceramah/perjumpaan PKR, sambutan yang diterima amatlah mengalakkan dan memberi isyarat yang amat jelas bahawa rakyat Tenom khasnya dan semangat rakyat Sabah begitu berkobar-kobar untuk menukar Kerajaan BN yang selama ini mengabaikan kebajikan mereka.

“Rakyat Sabah sudah muak dan jelak dengan karenah kepimpinan UMNO/BN dan kerana itulah mereka bertekad untuk melakukan perubahan demi kehidupan mereka yang lebih terjamin lalu meninggalkan parti UMNO/BN,” kata Halik yang menunjukkan senario politik yang luar biasa di Tenom.

Bagi memudahkan perhubungan dan memantapkan operasi politik, Halik telah menghadiahkan sebuah laptop kepada Ketua Ranting Kg Lalang merangkap Naib Ketua Cabang PKR Tenom, Sani Kuak untuk dimanafaatkan sebaik mungkin bagi melestari perkembangan PKR di Kg Lalang, Ulu Tomani.

Turut hadir bersama di program ini ialah Ketua Penerangan, Abas Motog; Ketua AMK Cabang, Jamain Kalasang serta beberapa Jawatankuasa AMK Cabang yang turut memberikan kerjasama terhadap setiap program-program yang dianjurkan oleh kepimpinan Cabang PKR Tenom.

No comments:

Post a Comment