Wednesday 13 October 2010

MAMPUKAH THE UNTOUCHABLE BELI ICAC?



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

HANYA tinggal 14 hari lagi nama Sabah akan tercatat dalam sejarah dunia apabila kes penggubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan yang dilakukan oleh Jutawan Sabah yang dilahirkan Barisan Nasional; ‘The Untouchable Mr Underwear’ Michael Chia Tien Foh disebut di Mahkamah Tinggi Hong Kong.

Mengikut notis yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) The Untouchable Michael Chia, Richard Christopher Barnes dan Datuk Nasir Yeo Guan Hock diperintahkan hadir atau mewakilkan peguam mereka bagi mendengar sebutan kes berkenaan pada 27 Oktober 2010 (rabu) di Mahkamah Tinggi Hong Kong.

‘The Untouchable’ dikhabarkan telah mengarahkan peguamnya untuk menentang dakwaan ICAC dengan mendedahkan bahawa wang sejumlah 16 juta dollar Singapura yang dirampas dan akaun bank sejumlah USD 430 juta yang dibekukan di Central Hong Kong Bank adalah milik UMNO dan Kerajaan Malaysia.’

Wang 16 juta dollar Singapura telah dirampas ICAC pada 14 Ogos 2008 ketika The Untouchable’ cuba menyeludup keluar wang tersebut di dalam ‘brief case’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok, Hong Kong setelah ICAC menerima tips daripada ‘Money Changer’ kerana kesemua mereka dikunjungi ‘The Untouchable’ untuk membeli matawang Singapura berdenominasi 10,000 setiap satu dalam jumlah yang banyak.

Mengikut laporan dalaman, jika ‘The Untouchable’ berjaya melepasi lapangan terbang, wang tersebut dipercayai untuk membantu kempen pilihanraya Permatang Pauh; namun tidak ada siapa boleh menjelaskan kenapa ‘The Unchouble’ membawa wang tunai dalam jumlah yang besar di dalam briefcase?

(Sila Klik Imej Untuk Menjelaskan Objek)

Kehebatan The Untouchable mengheret Peguam Jabatan Peguam Negara Malaysia dan UMNO dalam peperangan saiwar dengan ICAC akan memudahkan beliau dan rakannya dibebaskan daripada tuduhan Penggubahan Wang Haram dan pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Sebelum ini Malaysia Today melaporkan ada pihak yang memalsukan kepala surat Perdana Menteri di era Pak Lah untuk mengakui bahawa wang tersebut milik Kerajaan Malaysia dan UMNO.

Namun atas sebab tertentu ICAC menjalankan siasatan rapi dan memutuskan tidak dapat menerima surat pengesahan yang dihantar melalui faksimili di Pejabat Perdana Menteri kerana beberapa sebab sehingga wang 16 juta dollar Singapura dan akaun yang mengandungi 430 juta USD masih dibekukan kerajaan Hong Kong sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Sabahkini.net menerima beberapa salinan dokumen slip yang dihantar melalui pos tanpa sebarang alamat pengirim; mendedahkan akaun berkenaan milik ‘The Untouchable’ di bank HSBC Singapura.

Agak menakjubkan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga hasil Dalam Negeri gagal mengesan ‘The Untoucble’ pernah menyimpan lebih RM150 juta di rumahnya dan sejumlah 38 juta USD di UBS-AG Hong Kong serta memiliki berpuluh juta dollar Singapura atas nama bersama isterinya; Yapp Loo Mien.

‘The Untouchable’ begitu istimewa kerana bebas membelanjakan wang yang digubah secara haram untuk membeli rumah mewah dan kereta mewah yang dipandu di hadapan hidung Ketua Pesuruhjaya SPRM; terutama bertindak sombong membariskan semua kereta mewahnya di tempat letak kereta Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur baru-baru ini setelah dR.Hashim Lim Abdullah memberitahu beliau kedudukan kesnya sebagai ‘No Case To Answer’.

Kesemua kereta mewah ‘The Untouchable’ kini diletakkan di rumah dR. Hashim Lim Abdullah yang mengaku sebagai orang paling rapat dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semata-mata kerana beliau dibesarkan keluarga Melayu di Pekan Pahang.

Manakala gundik ‘The Untouchable’ Kiki ‘Chicken’ Yap Siaw Lin yang sebelum ini dikehendaki SPRM tidak langsung ditangkap dan hanya hadir ke pejabat SPRM sebagai ‘Lady Boss’ untuk memberi keterangan sebelum dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin; tidak seperti semua tertuduh yang diikat jamin tunai sejumlah RM50,000 setiap seorang.

(Sila Klik Imej Untuk Menjelaskan Objek)

Persoalan yang menarik untuk dikaji, mampukah ‘The Untouchable’ membeli ICAC sebagai beliau menjinakkan semua ‘Mamalia’ di SPRM dengan bantuan dR. Hashim Lim dan Henry Voon sebelum ini.

Masih bermaruahkan Presiden UMNO dan Bendahari UMNO Sabah sekiranya mengakui bahawa ‘The Untouchouble’ hanya proksi atau pemegang amanah semua wang UMNO yang disimpan di HSBC Hong Kong Central, Hong Kong?

No comments:

Post a Comment