Wednesday 27 October 2010

LINDA KESINAMBUNGAN MISI DAN VISI BN




PENYOKONG….Linda bersama-sama penyokongnya yang terdiri daripada pelbagai parti komponen memulakan kempen hari pertamanya.

0leh : SHAIMON S JUMADI Jurufoto : JUN PACIFICO

PRESIDEN Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata pemilihan Datin Linda Tsen Thau Lin sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi yang kosong ekoran kematian Ahli Parlimennya, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah memang tepat pada sasarannya.

“Linda dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi BN khususnya, Pengerusi Pengerusi Perhubungan BN negeri yang juga selaku Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman ia merupakan sebagai kesinambungan perjuangan bekas suaminya untuk meneruskan misi dan visi dalam aspek mempertingkatkan di kawasan tersebut,” jelas Pairin.

Kawasan Batu Sapi, kata Pairin masih memerlukan pembangunan untuk dinikmati oleh rakyat, terutama sekali mereka yang tinggal di pesisir pantai dan pulau berdekatan semasa lawatan kempennya pada hari pertama ke bandar Ramai-Ramai, Tanah Merah, Bandar Leila dan Bandar Namtung.

Oleh itu rayu Pairin, “Sekiranya rakyat di kawasan ini mahukan pembangunan yang pesat, maka jangan lepaskan peluang pada 4 November ini. Pasti anda tidak akan salah memilih calon dan undilah calon BN iaitu Linda Tsen.”

KEMPEN…Pairin mengetuai kempen bagi mewakili calon BN Linda Tsen di kawasan sekitar Batu Sapi.

Sementara itu, pandangan beberapa pemerhati politik atas pagar menggesa agar Linda lebih banyak menggunakan bahawa Melayu untuk berinteraksi dengan penduduk kampung dan media sebagai pemudah cara dan menambah erat sokongan yang bakal diterimanya.

Bagaimanapun kata mereka lagi, terpulang kepada pengundi untuk menentukan kalah atau menang calon BN untuk mempertahankan kerusi tersebut daripada jatuh ke tangan Pembangkang.

Sabahkini.Net telah dimaklumkan bahawa seramai 60 orang ahli PBS cawangan Kampung Segaliud yang diketuai oleh Nasrah akan menyertai parti SAPP dan majlis penyerahan borang akan dilangsungkan pada 30 Oktober ini.

Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, ia merupakan satu tamparan kepada parti komponen BN khususnya PBS Sekong, di bawah pimpinan Narseso P Juanico.

No comments:

Post a Comment