Monday 4 October 2010

MPS WAJIB PANTAU POKOK YANG DITANAM


SESAK…..Kelihatan beberapa kenderaan tersekat akibat kesesakan tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

ANGIN kencang yang melanda persekitaran kawasan Batu 1.5 Jalan Utara Sandakan pada jam 3.00 petang kelmarin telah mengakibatkan sebatang pokok kayu besar tumbang di permukaan jalanraya.

Ekoran daripada insiden tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan jalanraya sepanjang empat kilometer kerana menunggu kerja-kerja pembersihan selesai yang dijalankan oleh pihak kontraktor terbabit.

Menurut beberapa saksi yang melihat kejadian tersebut menceritakan semasa kejadian berlaku dalam masa yang begitu pantas, mujur ketika itu tiada sebarang kenderaan yang melalui jalan berkenaan ketika pokok tersebut tumbang.

Sehubungan itu, mereka mendesak agar Majlis Perbandaran Sandakan sentiasa membuat pemantauan dengan melakukan pemeriksaan rutin terhadap ketahanan pokok yang ditanam dan dipulihara di sepanjang jalan agar tidak ada lagi pokok tumbang atas apa juga sebab, terutama ketika musim angin dan hujan lebat.

No comments:

Post a Comment