Monday 18 October 2010

PATI SEMAKIN BERANI, ANAK NEGERI GIGIT JARI?



Oleh: MOHD DAUD ABDULLAH

LAPORAN Polis ini menceritakan segala-galanya. Ini adalah salah satu daripada lambakan kisah penindasan yang berlaku ke atas penduduk bumiputera di Sabah, namun begitu tiada tindakan tegas dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap pihak berkuasa yang diamanahkan untuk melindungi rakyat di negara yang sudah merdeka sekian lama ini.

Sila baca dan hayati kandungan laporan polis ini.(Difahamkan pengadu turut membuat laporan yang sama di balai Polis Tawau).

No Report: KNK/RPT/2438/2010

“Pada tahun 2001, saya dan enam peserta lain telah memohon satu kawasan tanah kerajaan dengan keluasan asal lebihkurang 350 ekar. Kawasan tanah ini termasuk dalam Gazet Hutan Simpan Ulu Kalumpang, Kunak. (Kini termasuk dalam daerah Tawau selepas kerja persempadanan semula dibuat oleh kerajaan).

Oleh yang demikian, secara teknikalnya permohonan kami secara rasminya telah didaftarkan di pejabat Tanah & Ukur daerah Kunak pada iaitu melalui PT bernombor seperti berikut di bawah ;

1.PT.20-01240127: Abd Salam Bin Sarang

2.PT.20-01240128:Mohd. Sam Bin Abd Salam

3.PT. 20-01240129: Abd Jomat Bin Abd Salam

4.PT 20-01240130: Labara Bin Lakabolasi

5 .PT 20-01240134: Mohd@Minggu Bukula

6.PT 20-01240178: Mana bte Dullah

7.PT.20-01240181: Sabahawa Binti Panglima Salambatan.

Kawasan tanah yang dipohon telah dikenalpasti melalui satu pemeriksaan yang dilakukan oleh dua kakitangan Jabatan Tanah & Ukur Kunak ketika itu. Selepas itu, kami mula melakukan kerja-kerja pembersihan hutan di kawasan tersebut pada tahun 2003 untuk penanaman pokok kelapa sawit.

Usaha membangunkan kawasan tanah yang masih dalam proses permohonan ini adalah sejajar dengan peraturan Ordinan (68) Tanah Negeri Sabah yang membenarkan golongan penduduk Bumiputera di negeri ini mengusahakan terlebih dahulu kawasan tanah yang dipohon.

Sehingga hari ini, saya dan 6 peserta lain telahpun menanam kelapa sawit dengan keluasan lebihkurang 15 ekar bagi setiap peserta dan mula menikmati hasil sejak tahun 2006.

Pada suatu hari, lebihkurang pada bulan Julai 2010, tarikh saya tidak ingat lagi, pekerja-pekerja kami seramai 4 orang yang tinggal dan bekerja di kebun ini mengadu kepada saya bahawa mereka telah didatangi oleh sekumpulan lebih kurang 10 orang lelaki Bugis Indonesia yang diketuai oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Haji Nurdin yang datang daripada Tawau.

Haji Nurdin dan orang-orangnya datang menaiki beberapa kenderaan dan dilihat masing-masing turun membawa senjata seperti parang panjang dan kayu. Haji Nurdin kemudian menemui pekerja-pekerja kami di situ dan memberitahu tujuan mereka datang adalah untuk mengosongkan kawasan tersebut dan mendakwa seluruh kawasan kebun tersebut adalah miliknya (Haji Nurdin) bersama-sama seorang lagi rakan bernama Hamid Mydin seorang peguam berbangsa India daripada Semenanjung yang juga bekas pegawai Polis.

Haji Nurdin kemudiannya telah dimaklumkan oleh pekerja-pekerja kami bahawa majikan mereka (saya dan enam pemohon lain) berada di pekan Kunak dan mencadangkan agar Haji Nurdin menyampaikan sendiri perkara tersebut (dakwaan dan pengusiran) tersebut kepada pihak majikan.

Sebelum beredar dari kawasan kebun itu pekerja-pekerja kami mendengar kata amaran daripada Haji Nurdin iaitu;

”Awas kamu semua, kami akan balik semula ke sini dan kalau kamu masih tidak keluar dari tanah saya ini, saya dan peguam akan masuk sini bawa Polis untuk tangkap dan halau kamu semua”.

Setelah kumpulan Haji Nurdin beredar, pekerja-pekerja tersebut bergegas ke rumah saya di Kg Kabog, Kunak dan memaklumkan kami mengenai kejadian tersebut. Saya dan pemohon yang lain turut diberitahu oleh pekerja kami bahawa Haji Nurdin Tidak Memberikan Sebarang Notis Ataupun Surat Perintah Mahkamah ketika mereka masuk ke dalam kebun kami.

Susulan kejadian tersebut, saya dan enam pemohon yang lain mendapatkan khidmat peguam iaitu Haji Ansari Abdullah daripada Firma Ansari&Co. Peguam kami menegaskan bahawa sebarang bentuk tindakan ‘Pengusiran’ oleh mana-mana pihak terhadap kami mesti dilakukan melalui penyampaian NOTIS rasmi atau SURAT PERINTAH daripada Mahkamah.

Tidak lama kemudian iaitu lebihkurang dua minggu selepas kejadian itu, tarikhnya saya tidak ingat lagi, Haji Nurdin dan kumpulannya datang lagi bersama-sama sepasukan anggota Polis iaitu lebihkurang 10 orang anggota bersama seorang pegawai.

Mereka dilihat tiba dengan menaiki lebihkurang 3 buah kenderaan Polis. Setelah melihat kedatangan Haji Nurdin yang diiringi anggota-anggota Polis, semua 4 orang pekerja kami pun lari kerana ketakutan. Seorang wanita iaitu isteri kepada salah seorang pekerja tersebut berada di dalam salah sebuah rumah kongsi pekerja dan dia ditangkap lalu dimasukkan ke lokap Balai Polis Tawau selama 9 hari tanpa didakwa atas apa-apa kesalahan, dan wanita itu adalah pemegang dokumen pekerjaan yang sah.

Tujuan membuat laporan ini agar pihak Polis menyiasat dan menangkap Haji Nurdin serta individu-individu yang terlibat dalam pencerobohan serta rompakan harta benda di dalam kebun kami.

Kumpulan Haji Nurdin dengan niat jahat telah mencoroboh serta merampas seluruh kawasan kebun ini ketika sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Tawau mengiringi mereka.

Pihak kami telah mengalami gangguan trauma yang teruk, rasa ketakutan dan mengalami jumlah kerugian yang amat besar iaitu

1. 60 ekor kambing ternakan ,

2. 4 ekor kerbau dewasa,

3. Sejumlah alat perkakas pertanian,

4. 50 karung baja,

5. 20 gelen racun cecair rumpai termasuklah harta benda milik pekerja-pekerja kami yang disimpan di rumah kongsi pekerja seperti beberapa beg pakaian,

6. Sejumlah barang perhiasan emas bernilai RM7 ribu,

7. Wang tunai terkumpul sebanyak RM2,500 milik 3 orang pekerja,

8. beberapa keping dokumen rasmi pekerja,

9. 2 peti TV,

10. 1 set generator eletrik dan seluruh hasil-hasil tuaian buah kelapa sawit sepanjang tempoh 3 bulan bernilai puluhan ribu ringgit yang dirompak dan dijual sendiri oleh Haji Nurdin bersama orang-orang yang terlibat dalam rompakan tersebut.

Dalam laporan ini juga, saya dan enam peserta lain meminta agar pihak Polis untuk menangkap kumpulan Haji Nurdin yang ketika ini masih berada di dalam kebun kami dan menghalang saya serta enam peserta lain daripada masuk ke kebun kami.

Terdapat sekumpulan PATI berbangsa Suluk dan Bugis yang diketuai seorang pesara Polis bernama Redzuan, berbangsa Bajau yang berasal dari Semporna kini dilantik oleh Haji Nurdin untuk mengetuai kumpulan samseng PATI tersebut.

Maklumat ini telah diberikan oleh pekerja-pekerja yang bekerja di kebun berhampiran serta orang awam yang melalui jalan di kebun kami setiap hari sehinggalah pada masa saya membuat laporan ini

Untuk makluman pihak Polis, pada masa ini kami sedang membuat persiapan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua pihak yang terlibat dan akan membuat tuntutan gantirugi.

Sekian laporan saya.

Terimakasih.

Tandatangan Pengadu

ABD SALAM BIN SARANG

6 comments:

  1. Akum wtw...

    Kepada En ABD Salam Bin Sarang selaku PENGADU yang TAK BERASAS!!!!

    Wah, hebat betul fitnah yang awak lontarkan kepada Tuan Haji Nurdin....

    Awak kenal kah dengan dia???
    Suka hati awak nak tuduh beliau adalah BUGIS INDONESIA..apa inagt tiada BUGIS warga Malaysia??? Cetek betul ilmu anda..Raja Johor pun berketurunan BUGIS..malah Perdana Menteri kita berdarah Bugis..ramai pemimpin Bugis di Malaysia ni..

    BELIAU TUAN HAJI NURDIN ADALAH WARGANEGARA MALAYSIA YANG PERNAH MENJADI SALAH SEORANG YANG PENTING DALAM PARTI PBS DALAM MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH...hemmmm....Awak betul-betul dah melakukan SATU KESILAPAN BESAR!!!
    FITNAH YANG TERAMAT BESAR KE ATAS BELIAU...

    Biar saya jelaskan sedikit maklumat dan fakta yang anda perlu dan WAJIB tahu...

    Hairan betul saya baca tuduhan anda terhadap Tuan Haji Nurdin..Tuan Haji Nurdin bersama Peguam dan Polis tersebut mempunyai GERAN TANAH TERSEBUT YANG TELAH DIKELUARKAN SEJAK TAHUN 1985 DI DAERAH TAWAU..anda hanya baru memohon sekitar tahun 2001 DI KUNAK..Jadi, siapa yang PEROMPAK SEBENARNYA???
    JAWAPANNYA..ANDALAH ABD SALAM BIN SARANG YANG PENCEROBOH DAN PEROMPAK...

    Tanah yang anda CEROBOH salah satunya mempunyai geran yang bernombor : 105403272..yang dimiliki oleh isteri Tuan Haji Nurdin..sila semak di Jabatan Tanah..

    Betul anda ada memohon, tapi, anda memohon tanah hutan simpan kerajaan, tapi, anda pergi bercucuk tanak di tanah "Small Holder" yang telah diagihkan kepada rakyat sejak zaman pemerintahan Zaman BERJAYA sejak tahun 1985..

    inilah faktanya..anda terlalu memutarbelitkan fakta..dan sangat berunsur FITNAH..

    Negara kita ada undang-undang..kalau lah Tuan Haji Nurdin tu Warga Asing...kenapa pulak sampai di iring oleh sekumpulan pihak Polis untuk menghalau ROMBONGAN PEROMPAK KAMU????
    Fikir-fikirkanlah wahai pembaca...

    Takkanlah Pihak Polis tidak kenal mana yang betul dan mana yang sebenarnya Perompak... Polis di Malaysia ni Berakal dan Berkaliber...Takkanlah dia boleh bersekongkol dgn org yang anda tuduh PEROMPAK!!! Oh No !!!

    Para pembaca..JANGAN DGR MAKLUMAT DARI SEBELAH PIHAK SAHAJA...KAJI DULU AKAR UMBINYA..

    Tentang barang-barang rompakan yang anda tuduh Tuan Haji Nurdin dan Kroninya rompak...Wah, banyak jumlahnya tu...hem...ada bukti kah anda berbuat tuduhan begitu...rasanya mungkin anda sendiri yang rompak atau berbuat-buat cerita...jahat sungguh hati kamu........

    Ketika kejadian, ramai saksi dan diringi oleh pasukan Polis, tuduhan anda menuduh Tuan Haji Nurdin merompak dan menjual barang-barang anda sangat tidak berasas!! sampai begitu sekali kamu menfitnah..kejammmnya..



    -Penuntut Kebenaran-
    "Pensyarah Keadilan Insan TerFITNAH...."

    ReplyDelete
  2. Tentang wanita yang ditahan...saya kesian jugak..tapi Perundangan kita tak buta untuk menahan tanpa sebarang tujuan dan bukti..
    Anda berkata seperti di atas sama juga anda menghina PERUNDANGAN DI MALAYSIA dengan secara tidak langsung menuduh Pihak Polis dan Peguam bersubahat melakukan Rompakan sedangkan hakikatnya ANDALAH PEROMPAK YANG SEBENARNYA..

    Mungkin berlaku kesalah fahaman dalam status tanah tersebut..mungkin anda adalah mangsa keadaan...tetapi, adalah tidak baik apabila anda MENFITNAH MANUSIA LAIN DENGAN SEKEJAM ITU...

    Tapi, berdasarkan siasatan..anda telah diberi peluang untuk menikmati hasil di TANAH ROMPAKAN anda bagi memberi anda peluang menikmati hasil titik peluh anda itu..

    Sepatutnya anda HARUS BERSYUKUR...sampai situ sahaja rezeki anda terhadap tanah tersebut kerana ada yang LEBIH BERHAK keatas tanah tersebut...dan tiba masanya mereka inginkannya kembali..

    Anda telah diingatkan sebelum ini, tetapi anda TIDAK MEMPEDULIKANNYA...anda lah yang MEROMPAK DAN TERUS MEROMPAK KE ATAS HAK ORANG LAIN...

    Pihak Tuan Hj Nurdin bersama Pemilik lain Tuan Redzuan dan Tuan Hamid Mydin adalah pemilik yang sah dan BUKANNYA ANDA EN.SALAM BIN SARANG!!!
    SEDARLAH HAKIKAT ITU!!

    Cukuplah dah diberi peluang untuk menikmatinya selama 7 tahun!! takkan tak puas-puas lagi???

    Tuan Haji Nurdin, Tuan Redzuan dan Tuan Hamid adalah DIPIHAK YANG BENAR !!! INILAH HAKIKATNYA...ADUAN ANDA DAH TERLALU JAUH MELENCONG DARI HAKIKAT SEBENAR YANG BERLAKU...

    -Penuntut Kebenaran-
    "Pensyarah Keadilan Insan TerFITNAH...."

    ReplyDelete
  3. En Salam Bin Sarang....!!!!

    "Berani Kerana Benar..Lari kerana Salah..."

    Anda sentiasa lari dan tidak mahu bersemuka dengan pemilik sebenar...

    Kamulah samseng sebenarnya ....
    Samseng dan Penceroboh dan Perompak yang tidak sedar dek untung..dah diberi peluang pun tak reti nak bersyukur...malah terus dan terus merompak tanpa henti..

    sudah-sudah lah En Salam...Untuk pengetahuan kamu..ada siasatan mengatakan bahawa anda "pandai-pandai menjual tanah tersebut pada seorang wanita sedangkan tanah tersebut bukan milik anda"..hebatnya dan beraninya kamu....
    sejauh mana kebenarannya..akan disiasat oleh pihak yang bertanggungjawab...tunggu maklumat seterusnya...

    Ada saksi juga mengatakan bahawa semasa serbuan dilakukan bersama pihak Polis, pekerja anda telah mengahalau kambing-kambing anda...dan pekerja anda juga berlari ketakutan..
    tak terfikirkah anda, tiada kes suka-suka hati orang nak bunuh orang atau Polis nak bunuh orang di Malaysia ni..

    Persoalannya adalah...apa yang nak ditakutkan sangat sampai lari lintang pukang..haha..nampak sangat "something wrong"...

    Sekali lagi ditegaskan...TIADA SATU PUN BARANG ANDA YANG DIROMPAK OLEH TUAN HAJI NURDIN DAN PIHAK POLIS..."Everything needs evidence, Do not accuse without basis !!!"

    -Penuntut kebenaran-

    ReplyDelete
  4. Wah, hebat juga gambar yang disertakan.Gambar sepasukan polis berlatarbelakangkan pokok-pokok kelapa sawit. Tapi sayangnya dalam gambartu terdapat pula KABEL TIANG LETRIK.Entah gambar mana pula yang dimasukkan.
    En.Abd Salam kan tahu, kat situ takda pun tiang letrik.En Daud pula dok main hentam juga, masukkan saja gambar ikut citarasa sendiri.Jelas sangat yang penulis pun tidak tahu keadaan sebenar kawasan yang dimuatkannya.Hem, berapa dapat bayaran. Khabarnya dapat upah $30,000.00. Wuyyooo banyaaaknya... Tentu berduit En.Abd Salam ni ya, atau ada penajanya.
    Tuduhan yang dilemparkan tersangatlah berat sebelah. Apatahlagi memfitnah seorang Peguam dan Pesara Polis yang masing-masing kini memegang geran tanah tersebut.
    Nampaknya selepas ini, En. Salam dan kawan-kawannya akan kehilangan satu lagi kawasan iaitu yang diduduki anak menantunya sekarang.
    Tanah itu juga mereka ceroboh.Tanah itu milik Tuan Raspand.Kerana simpati,Tuan Raspand bagi mereka peluang untuk ambil hasil.Dah lebih setengah dekad dah..Tuan Raspand dan En. Redzuan bukan orang lain jo. Nampaknya mereka telah menyinggung perasaan Tuan Raspand dengan kenyataan2 tersebut.
    Sebenarnya bagus juga laporan polis yang En.Salam buat ni kerana akan memepercepat lagi pembongkaran kebenaran.terima kasih. terima kasih.terima kasih.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Kebenaran pasti akan terbongkar jua...

    Terima kasih "Penjejak Badai"..info yang sangat bermakna bagi menunjukkan kebenaran...

    "Jauhi Fitnah".....

    -penuntut kebenaran-

    ReplyDelete