Thursday 14 October 2010

PELANGGAN DITIPU SESB, MASALAH TEKNIKAL



Saudara pengarang,

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih di atas makluman aduan pelanggan, ‘Ditipu Oleh Pihak SESB Semporna?’ pada 14 Oktober 2010.

Hasil siasatan kami mendapati terdapat masalah teknikal semasa menjalankan kerja-kerja pembacaan meter elektrik di premis pengadu.

Pembetulan pada bacaan telahpun dibuat pada 13 Oktober 2010 dan jumlah bil tertunggak pengadu adalah RM55 sahaja dan bukannya RTM170 bagi bulan Julai sehingga September 2010 (tiga (3) bulan).

Pihak SESB tidak mengenakan sebarang caj/denda bagi menyambung semula bekalan elektrik yang telah dipotong.

Untuk makluman, pemilik rumah berkenaan telahpun dimaklumkan mengenai perkara ini semasa menjelaskan tunggakan bil pada 13 Oktober 2010.

Menurut rekod kami, surat amaran (berwarna merah jambu/pink) telahpun dikeluarkan pada 21 September 2010 sebelum tindakan pemotongan dilaksanakan oleh kontraktor SESB pada 12 Oktober 2010.

Pihak SESB juga akan mempertingkatkan pemantauan dan memastikan semua bil elektrik semasa dihantar terus kepada premis pengguna setiap bulan. Semua anggota klerja SESB (terutama pembaca jangka) juga akan diperingatkan di masa-masa akan datang untuk mengelak sebarang kekeliruan yang mungkin akan berlaku.

SESB memohon maaf di atas segala kerumitan yang telah dialami oleh pengadu.

Sekian, terima kasih.

"Bersama menuju kegemilangan"

“SESB Penggerak Kemajuan Negeri Sabah,

t.t

CHENDERAMATA HJ SINTEH

Pengurus Kanan (Komunikasi Korporat) SESB

No comments:

Post a Comment