Friday 15 October 2010

POKOK DIBAKAR TIMPA TIANG ELEKTRIK



PERIKSA……Anggota Kerja SESB sedang memeriksa tiang yang patah ekoran ditimpa pokok tumbang.

Oleh: CHENDERAMATA HAJI SINTEH

TIGA (3) tiang voltan tinggi (High Tension / HT) SESB patah selepas sebatang pokok tumbang lalu menimpa talian HT SESB di dalam kawasan Hospital Besar Kudat pada jam 8.32 pagi tadi (15 Oktober 2010).

Hasil siasatan lanjut mendapati pokok tersebut tumbang (remuk) selepas dibakar oleh individu yang tidak dikenali.

Kejadian ini telah mengakibatkan bekalan kepada 1,500 pengguna di kawasan Hospital Kudat, IPD, Jalan Atas, Landung Ayang, Jalan Mission dan juga kawasan sekitarnya. Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 9.40 pagi pada hari yang sama.

No comments:

Post a Comment