Sunday 24 October 2010

PORTAL PRO-PEMBANGKANG PUTAR BELIT ISU



PERWAKILAN pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 kesal dengan tindakan portal berita pro-pembangkang yang memutarbelitkan isu yang dibangkitkan pada sesi perbahasan dengan niat untuk menjatuhkan imej parti itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said berkata, portal Malaysiakini dan The Malaysian Insider tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada peluang yang diberikan kepada mereka untuk membuat liputan dengan melaporkan berita yang mengelirukan.

‘‘Seharusnya mereka bertanggungjawab dalam setiap laporan dan tidak memutarbelitkan perkara yang diluahkan oleh wakil-wakil negeri ketika berbahas,” katanya di sini kelmarin.

Kedua-dua portal itu kelmarin memperbesar-besarkan cadangan seorang perwakilan supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) menyerahkan kawasan yang mereka kalah kepada UMNO, dengan niat untuk melaga-lagakan parti-parti berkenaan.

Mohd. Salleh yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud berkata, sebagai parti yang bersikap terbuka, para perwakilan UMNO memang dibenarkan untuk meluahkan apa sahaja isu yang menjadi keresahan di peringkat bawahan tetapi ia tidak sepatutnya disensasikan oleh portal terbabit.

No comments:

Post a Comment