Saturday 30 October 2010

RODINOOD, SULTAN SULU YANG SAH!



Saudara Pengarang,

SAYA ingin memberikan penjelasan kepada tentang kenyataan wartawan Mohd Yatim Suhaili serta Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D mengenai artikel ISA BUAT PENYAMAR SULTAN SULU? tentang Sultan Julami Kiram Prince Hadji Rodinood menunjukkan pasport antarabangsa Filipina dan bukannya Pasport Kerajaan Sulu.

Nama sebenarnya ialah Sultan Sulu Hj Rodinood Ibni Almarhum Sultan Hj Mmohammad Julaspi Ibni Almarhum Sultan Hj Jamalul Kiram II. Beliau ialah cucu kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram II yg mangkat pada tahun 1936.

Untuk pengetahuan pembaca Sabahkini.net, semua ‘Sultan Sulu’ yang menyamar ‘Kiram’ itu bukanlah dari darah Sultan Jamalul Kiram II walaupun mereka memakai nama ‘Kiram’.

Walaupun nenek moyang mereka datang dari Sultan Badarudin, Sultan Mawalil Wasit, Datu Atik; Sultan Jamalul Alam mempunyai empat orang anak lelaki iaitu Sultan Badarudin, Sultan Jamalul Kiram, Sultan Mawalil Wasit dan Datu Atik.

Berhubung isu rumah bicara di Jolo, Sulu sudah tidak boleh dipakai lagi kerana mereka pun telah melakukan banyak kesalahan seperti menabalkan orang biasa menjadi ‘Sultan Sulu’ seperti ‘Sultan Ombra Amil Bangsa’, suami kepada Dayang Piandao alias Kiram. Ayahanda kepada Dayang Piandao ini ialah Sultan Badarudin. Sepatutnya dia berbintikan Badarudin dan bukannya berbintikan kepada datuk kepada Sultan Hj Rodinood yang memegang pasport Filipina iaitu Sultan Hj Jamalul Kiram II yang mangkat pada tahun 1936.

Sultan Hj Rodinood Ibni Almarhum Sultan Hj Mohammad Julaspi Ibni Almarhum Sultan Hj Jamalul Kiram II adalah Sultan Sulu dan Sabah Borneo Utara. Perjanjian sewa pajak Sabah di antara Syarikat British North Borneo Company dengan Sultan Sulu yang dimaterai pada 4 Januari 1878 sehinggalah 1978.

Sebelum Sabah membentuk Malaysia, Tun Datu Mustapha dan Tunku Abdul Rahman telah menjemput satu-satunya anak Sultan Sulu Jamalul Kiram II iaitu Sultan Hj Mohammad Julaspi datang ke Kudat, Sabah.

Tun Datu Mustapha adalah keluarga kepada Sultan Hj Mohammad Julaspi. Oleh kerana Tun Datu Mustapha mahu Sabah membentuk Gagasan Malaysia, maka Sultan Hj Mohammad Julaspi pun bersetuju disebabkan Malaysia ialah kerajaan Islam.

Sultan Hj Mohammad Julaspi, ayahanda kepada Sultan Hj Rodinood ini telah menyerahkan ‘Mohor Diraja Sulu’ dan menandatangani persetujuan Sabah menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia kepada Tun Datu Mustapha.

Maka Tun Datu Mustapha pun bertolak ke England untuk menyerahkan ‘Mohor Diraja Sulu’ dan tandangan satu-satunya anak Sultan Sulu Dari Sultan Hj Jamalul Kiram II yang berdaulat kepada kerajaan British.

Malangnya, selepas itu Tun Datu Mustapha mengkhianati pak ciknya sendiri, Sultan Hj Mohammad Julaspi Ibni Almarhum Sultan Hj Jamalul Kiram II kerana beliau pula yang teringin menjadi Sultan Sabah.

Sultan Sulu, Rodinood Julaspi Kiram inilah satu-satunya Sultan Sulu yang pro kepada kerajaan Malaysia. Di waktu pertabalannya di Manila yang dihadiri beribu rakyatnya, beliau telah berkata yang kerajaan Ffilipina tidak sah di Jolo, Sulu.

Sebelum ditabalkan menjadi Sultan Sulu dan Borneo Utara, beliau pernah berdebat dengan kesemua sultan-sultan palsu yang menyamar keturunan ‘Kiram’ semasa pemerintahan Presiden Ninoy Aquino di Manila, kesemua sultan-sultan palsu ini kalah malu dan terbuka tembelang mereka setelah mereka ditanya akan usul asal nenek moyang mereka.

Tiada yang berani mengatakan mereka dari darah Sultan Hj Jamalul Kiram II. Hanyasanya Sultan Sulu Rodinood Julaspi Kiram sahaja berani bersumpah yang dia dari darah Sultan Hj Jamalul Kiram II dan mengatakan sekiranya dia berbohong maka akan dilaknat Allah swt.

Maka riuh rendahlah dewan di Manila yang dipengerusikan oleh Presiden Ninoy Aquino, Setiausahanya Santanina Rasul dan ahli kabinetnya. Mereka bertanya kepada Sultan Sulu Rodinood Ibni Almarhum Sultan Hj Mohammad Julaspi Ibni Almarhum Sultan Hj Jamalul Kiram II sama ada menyokong kerajaan Filipina, maka dijawabnya dia menyokong kerajaan Malaysia kerana anak isteri dia orang Malaysia.

Itulah sebabnya kerajaan Filipina gagal menuntut Sabah sebab pewaris Sultan Sulu Hj Jamalul Kiram II tidak menyokong mereka. Adapun kedudukan Jolo, Sulu dalam kerajaan Filipina tidak sah kerana Jolo, Sulu tidak pernah dijajah.

Kerajaan Filipina cuma diamanatkan menjaga Jolo, Sulu sahaja. Demikianlah sedikit sebanyak tentang Sultan Hj Rodinood Ibni Almarhum Sultan Hj Mohammad Julaspi Ibni Almarhum Sultan Hj Jamalul Kiram II pewaris ‘Kiram’, Sultan Sulu yang sah.

Salam Hormat,

DAYANG SULU

1 comment:

  1. Artikel ini memang menarik tapi saya hairan sejak bila pulak Ninoy Aquino menjadi President negara Filipin? Adakah penulis maksudkan Benigno S. Aquino III yang dilantik pada 30hb June 2010. Tak mungkin jugak kan?

    Bapanya Benigno Aquino Jr tidak pernah menjawat kerusi President.

    Saja nak penjelasan.

    ReplyDelete