Monday 25 October 2010

ROSNAH WAJIB BERTANGGUNG JAWAB?



Saudara Pengarang,

KETIKA terbaca artikel bertajuk, “Yong Teck Lee Tidak Layak Jadi pemimpin” agak mengecewakan kerana kenyataan Rosnah itu seolah-olah menggambarkan keegoan yang melampau sangat memandangkan beliau (Datuk Rosnah) tidak berhak memutuskan kelayakan seseorang pemimpin lebih-lebih lagi Datuk Yong Teck Lee yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dalam sistem penggiliran, Ketua Menteri yang diilhamkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Kenyataan Datuk Rosnah yang penuh kebongkakan itu perlu baginya meminta maaf secara terbuka kepada penyokong Datuk Yong di Parlimen Batu Sapi mahupun rakyat di seluruh Sabah, dalam tempoh 24 jam dari sekarang.

Penyokong penyokong Datuk Yong di seluruh Sabah khususnya di Parlimen Batu Sapi merasakan bahawa kenyataan Rosnah itu berunsur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja mengaibkan peribadi Yong secara serius di mata masyarakat.

Adalah kerana kenyataan dan tuduhan Rosnah itu boleh disifatkan Datuk Yong sebagai pemimpin yang tidak boleh diharap, penipu dan berskandal jenayah yang memalukan reputasinya sebagai calon PRK Batu Sapi dan Presiden SAPP.

Sebagai penyokong Datuk Yong, kami sedar bahawa apa yang dinyatakan Datuk Rosnah adalah sebahagian dari peranan beliau berkempen politik di Batu Sapi tetapi tidak semestinya disertai dengan lontaran perkataan-perkataan yang berunsurkan fitnah, pembohongan dan mengaibkan reputasi seseorang pemimpin.

Calon SAPP di PRK Batu Sapi, Datuk Yong Teck Lee berhak meminta dibersihkan namanya di mata masyarakat daripada pelbagai tuduhan yang tidak berasas yang lebih menjurus kepada fitnah dan pembohongan semata mata yang tidak melambangkan suatu ‘Keadilan’ bagi diri beliau.

Salam dari kami,

PENYOKONG DAN PENGUNDI SAPP SANDAKAN

No comments:

Post a Comment