Friday 29 October 2010

SABAHKINI.NET TIADA 'COVER-UP'?



Saudara Pengarang,

Merujuk kepada surat Mazlie Norinah berhubung dengan artikel ‘SABAHKINI: BLOG PEMBANGKANGKAH?’, saya ingin bertanya adakah Mazlie sedar bahawa hanya portal Sabahkini.net yang merupakan satu portal harapan untuk menyuarakan hak dan pendapat orang Sabah tanpa sebarang cover-up ataupun ‘conflict of interest’ daripada pihak editornya?

Kalau ada portal lain yang wujud dan menyebelahi hak rakyat Sabah, sila berikan alamat webnya. Lagipun portal ini ‘ditakuti’, nasihat yang dikongsi masuk ke kepala.

Adakah maksud Mazlie, “bukan semua pendapat dalam Sabahkini.net adalah pendapat rakyat Sabah. Mungkin bukan majoritipun.” Bagaimana Mazlie tahu bukan semua majoriti? Sila berikan bukti sebelum berkata sesuatu tanpa bersandarkan fakta.

Bagaimanakah Mazlie boleh mengatakan bahawa blog ‘Perkasa’ adalah neutral sedangkan akhbar rasmi ‘Perkasa’ ialah Utusan yang memang sedia maklum kebanyakan maklumat/artikel yang disiarkan adalah berbentuk pro-kerajaan?.

Mengagungkan pembangkang? Apa maksud Mazlie dengan perkataan mengagungkan pembangkang? Kebanyakkan artikel yang disiarkan lebih kepada ‘public interest’ dan bukannya memperkecilkan kerajaan. Paling menakjubkan, ia juga disertakan dengan bukti yang boleh dipercayai.

Bagaimana pula dengan blog ‘Sabah Today’? Jarang terdapat artikel yang cenderung keluar daripada ‘garisan’ kerajaan adakah ini menyebabkan Sabah Today salah satu blog pro-kerajaan?

Apakah Mazlie orang Sabah? Kalau orang Sabah marilah sertai blog Sabahkini.net, jadi salah seorang ahli dalam PBS (Persatuan Blogger Sabah).

Salam Hormat,

ERWAN FADLY SUDIMAN @ SUDIN

1 comment:

  1. http://suduplastik.blogspot.com/2011/02/maklum-balas-untuk-sabahkininet.html

    ReplyDelete