Saturday 23 October 2010

SAMSUDIN GAGAL BELA AHLI UMNO?



Oleh: HAFIZ JAMAIL

WALAUPUN tapak Kampung Tradisi, Lupak Meluas, Sandakan telah diwartakan pada 12 September 2002 dan kontraktor telah dilantik untuk menebus guna tapak berkenaan bagi mendirikan perumahan, namun sehingga kini kaum bumiputera terutama ahli UMNO masih dipanggang keresahan. Mereka terpaksa bersetinggan di tanah persendirian disebabkan Adun Sekong (UMNO), Datuk Samsuddin Yahya gagal meneruskan visi Mantan Adun Sekong, Datuk Nahalan Haji Damsal.

“Mereka turut merayu kepada Mantan Ahli Parlimen Batu Sapi tetapi semua melalui jalan buntu kerana nama mereka tidak ada dalam ‘Kitab BN’. Kita telah jalankan bancian dan telah kemukakan kepada PKR Pusat untuk tindakan lanjut,” ujar Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (Sabah), Zainuddin Hassan yang telah bergegas ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan pada tahun lalu.

Kata Zainuddin, walaupun mereka adalah ‘Hardcore’ UMNO, namun mereka bukan suku sakat Wakil Rakyat, maka mereka tersisih. PKR membantu mereka mengemukakan masalah ini untuk diselesaikan oleh Wakil Rakyat Sekong, namun beliau tidak memberikan sebarang respon positif dan menganggap PKR sebagai pengacau.

Pihaknya, kata Zainuddin telah mengenal pasti lebih 560 keluarga tempatan yang bersetinggan di tanah persendirian di pinggir kawasan yang diwartakan sebagai Kampung Lupak Meluas atau dinamakan Kampung Datuk Nahlan kerana tidak mempunyai tapak untuk mendirikan rumah setelah ‘Lupak Meluas’ terbakar pada 2007.


Tegas Zainuddin lagi, Majlis Perbandaran Sandakan telah meluluskan tender Pembangunan Semula Perumahan Bumiputera Kg. Lupak Meluas (Kawasan Kebakaran), Sandakan (Peringkat Pertama) kepada Bilaju Sdn.Bhd pada 30 Ogos 2005 dengan kos RM 1,999,416.00, namun sehingga kini tapak berkenaan hanya ditimbus dan tidak dilakukan sebarang usaha lain termasuk membahagi lot atau mendirikan rumah mesra rakyat.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Norsiah Binti Moyo, 53, menjelaskan pihaknya telah dijanjikan oleh Mantan Adun Sekong, Datuk Nahlan Haji Damsal untuk mendapatkan dapat tapak dan rumah PPRT di kawasan yang telah ditebus guna.

Namun setelah Datuk Samsuddin Yahya dipilih sebagai Adun Sekong, beliau enggan mengotakan janji yang dibuat oleh Datuk Nahlan tanpa sebarang alasan yang munasabah, malah membiarkan kawasan yang ditimbus terbiar begitu sahaja.

“Kami tidak akan pindah kerana kami menuntut janji yang dibuat Adun UMNO (walaupun tidak lagi menjadi Adun) kerana itu hak kami dan YB Samsuddin harus selesaikan masalah ini jika beliau tidak ingin melihat BN kecundang dalam pilihanraya kecil Batu Sapi,” ujar Norsiah yang mendesak agar janji tersebut ditunaikan sekarang dan bukannya selepas pilihanraya kecil.

Penduduk kampung Lupak Meluas, kata Norsiah telah serik dengan janji semua pemimpin UMNO termasuk Ketua Menteri dan tiba masanya mereka mengajar agar pemimpin UMNO sedar akan tanggung jawab mereka membela bumiputera dan ahli UMNO yang tertindas oleh dasar pilihkasih UMNO dan BN.

“Jika BN tewas dalam pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi, orang pertama yang harus disalahkan ialah Datuk Samsuddin Yahya dan kemudiannya Datuk Musa Aman (Pengarah Pilihanraya Kecil Batu Sapi) kerana kami telah merayu dan merayu kepada mereka, namun mereka langsung tidak prihatin membantu kami,” ujar Norsiah yang masih setia bersama UMNO sekalipun peimpin UMNO sabah bongkak dan memungkiri janji.

Kata Norsiah, apalah gunanya Kerajaan Negeri di waktu Datuk Chong Kah Kiat (Tan Sri) (walaupun berketurunan Cina) menjadi Ketua Menteri Sabah begitu prihatin mewartakan Kampung Lupak Meluas seluas 31.20 ekar sebagai Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri di bawah Seksyen 78 (1) dan (3) Ordinan Tanah Sabah pada 2002, sedangkan Ketua Menteri sekarang adalah Bumiputera tetapi enggan membantu bumiputera yang tertindas oleh sistem pilih kasih BN.

Sabahkini.net sebelum ini telah menyiarkan beberapa artikel berhubung isu Lupak Meluas yang menjadi ‘Buasir’ kepada pemimpin UMNO terutama Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya dan bakal Ahli Parlimen Batu Sapi setelah Mantan Ahli Parlimen Batu Sapi, Mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah gagal melaksanakan visi membela penduduk kampung Lupak Meluas yang menghadapi masalah penempatan. Sila klik tajuk di bawah untuk melihat kembali artikel berkaitan.

1.PENDUDUK KG. LUPAK MELUAS BANTAH PENGUSIRAN

2.SAMSUDDIN ADUN SEKONG ATAU ADUN KO-NELAYAN?

3.AMK PKR DAFTAR ANAK NEGERI TERANIAYA

4.RINTIHAN ANAK LUPAK MELUAS DI PERANTAUAN

5.PENDUDUK LUPAK MELUAS RAYU RUMAH PPRT

6.WHERE IS THE CHIEF MINISTER?


No comments:

Post a Comment