Friday 8 October 2010

SELAMAT BERTEMU KEMBALI



BAGI pihak Krew Sabahkini.net di seluruh Malaysia, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan moral dan material rakyat Sabah yang sudah membudayakan membaca Sabahkini.net sebagai rutin harian.

Setelah melalui pengalaman perit dan sering diserang para penggodam yang diupah oleh penjenayah antarabangsa termasuk Michael Chia Tien Foh dan Kwantas Corporation Berhad serta beberapa menteri kanan yang tidak begitu menyenangi pendedahan berani Sabahkini.net; kami kini kembali lagi setelah bertungkus lumus selama lebih 72 jam memperbaiki data dan berhijrah ke ‘Kondominium’ baru di alam siber.

Kami memohon maaf jika terdapat sebarang gangguan dalam tempoh 96 jam daripada sekarang kerana kami sedang menaiktaraf laman web ini dan mengubahsuai ‘wajah’ Sabahkini agar lebih menarik dan sesuai dengan tema kami memperjuangkan hak rakyat Sabah.

Walaupun tidak mendapat sebarang derma orang ramai dan hanya dengan bantuan Ahli Persatuan Blogger Sabah (PBS), kami berjaya membeli server sendiri yang lebih canggih dan memenuhi logistik kami untuk menggempur kemungkaran pemimpin dan ketidakadilan kerajaan menjelang pilihanraya umum akan datang.

Kutukan demi kutukan yang diberi bersulamkan cacian dan makian telah mendewasakan kami dalam dunia siber tanpa sempadan dan tidak gentar kepada sesiapa, termasuklah Suruhanjaya Komunikasi dan MultiMedia melainkan Tuhan Maha Pencipta.

Dalam usaha untuk memandulkan ketidak adilan dan melahirkan lebih ramai pejuang di Sabah, kami akan melengkapkan Sabahkini.net dengan kemudahan Twitter dan Facebook agar boleh dilayari daripada semua sudut teknologi maklumat.

Sebagai usaha untuk membolehkan rakyat Sabah terutama generasi muda membaca beberapa karya ‘Masterpiece’ kami akan memasarkan beberapa buku yang ditulis oleh Editor dan C.E.O Sabahkini.net, Mutalib M.D dalam bentuk E-Book.

Kami amat mengalu-alukan agar semua pembaca Sabahkini.net dan rakyat Sabah dapat menderma sekurang-kurangnya RM1 ke akaun SITTA SARAH 4713556916 (Public Bank) untuk memastikan Sabahkini.net mempunyai cukup dana untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai!.

No comments:

Post a Comment