Friday 8 October 2010

SESB TIDAK BERI NOTIS KERANA TIDAK RAMAI



(Sila klik objek untuk jelaskan gambar)

SABAH Electricity Sdn.Bhd (SESB) tidak memberi notis penutup bekalan elektrik di Kampung Tinangol kerana hanya melibatkan jumlah penduduk yang tidak ramai dan boleh dimaklumkan terus kepada penduudk terlibat.

Pengurus Kanan (Komunikasi Korporat SESB), Cenderamata Haji Sinteh mengumumkan demikian melalui surat bil. SESBCCD/ bertarikh 6 Oktober 2010 yang ditujukan kepada Sabahkini.net sebagai maklumbalas aduan pelanggan bertajuk 'Perkhidmatan SESB Di Kudat Teruk yang disiarkan pada 1 Oktober 2010.

Dalam kenyataannya, Cenderamata berkata hasil siasatan terperinci SESB mendapati bekalan elektrik ke kawasan kampung Tinangol, Kudat terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana terlibat dengan kerja-kerja pemindahan tiang voltan rendah (low voltage) bagi projek pembesaran jalan oleh Jabatan Kerjaraya (JKR) di Kampung Bavangazo pada 20 September 2010.

Penutupan tersebut, kata Cenderamata, bermula pada jam 9.30 pagi (30 September 2010) dan siap pada jam 4.30 petang pada hari yang sama.

"Namun begitu, SESB mengambil maklum mengenai perkara ini dan akan memaklumkan lebih awal kepada pengguna setempat jika ada penutupan sementara yang akan dijalankan seperti yang lazim dilakukan," kata Cenderamata yang memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami pengguna.

No comments:

Post a Comment